awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah Rizab Melayu di Kedah, Perak dan Kuala Lumpur menurun - Nik Nazmi

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2023
03:50 MYT
Tanah Rizab Melayu di Kedah, Perak dan Kuala Lumpur menurun - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, selaras Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi Tanah Simpanan Melayu, keluasannya perlu dipastikan tidak berkurangan apabila berlaku pembatalan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keluasan kawasan pewartaan Tanah Rizab Melayu di Kedah menurun daripada 721,888.93 hektar pada 2021 kepada 716,537.28 hektar pada tahun lepas.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan, selain Kedah, Kuala Lumpur dan Perak juga mencatatkan penurunan.
Beliau juga memaklumkan kepada Dewan Rakyat, pihaknya merekodkan data keluasan ini berdasarkan kepada kutipan data daripada Pihak Berkuasa Negeri di Semenanjung Malaysia.
"Kalau kita lihat secara terperinci antara tahun 2021 dan 2022, setiap negeri mencatat peningkatan Tanah Rizab Melayu kecuali Kedah, yang menurun daripada 721,888.93 hektar kepada 716,537.28 hektar.
"Kuala Lumpur, daripada 1,003.56 hektar kepada 999.48 hektar dan Perak, daripada 953,042.67 hektar kepada 953,040.87 hektar.
"Negeri-negeri lain semua mencatat peningkatan termasuklah jumlah besar Tanah Rizab Melayu di seluruh Semenanjung Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib yang meminta kerajaan menyatakan jumlah keluasan asal Tanah Rizab Melayu mengikut negeri di Semenanjung.
Katanya, selaras Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi Tanah Simpanan Melayu, keluasannya perlu dipastikan tidak berkurangan apabila berlaku pembatalan.
"Pihak berkuasa negeri hendaklah menggantikan keluasan kawasan yang dibatalkan dengan tanah lain yang sama jenis dan luasnya sebagai Tanah Simpanan Melayu," katanya lagi.
Nik Nazmi memaklumkan, sehingga 31 Disember tahun lepas, keluasan kawasan pewartaan Tanah Rizab Melayu adalah 4,996,406.42 hektar iaitu peningkatan 0.67% berbanding 4,963,190.80 pada 2021.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#tanah rizab Melayu
#Nik Nazmi
#Keluasan kawasan pewartaan
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan