awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thailand-Kemboja capai gencatan senjata, 18 tentera akan dibebaskan
EPL: Aston Villa bangkit tundukkan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh: 10 keluarga sudah keluar dari unit kediaman - Elizabeth Wong

Sinar Harian
Sinar Harian
16/09/2021
23:30 MYT
Tanah runtuh: 10 keluarga sudah keluar dari unit kediaman - Elizabeth Wong
Elizabeth (dua,kiri) ketika meninjau lokasi kejadian pada petang Rabu. -Sinar Harian
PETALING JAYA: Sepuluh keluarga telah meninggalkan unit kediaman masing-masing setelah diminta berbuat demikian susulan kejadian runtuhan tebing dan tanah di Blok J, Rumah Pangsa Sri Cempaka pada petang Rabu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan Elizabeth Wong berkata, pihaknya difahamkan semua keluarga yang terlibat telah keluar daripada kediaman masing-masing sebaik sahaja arahan dikeluarkan.
"Arahan (keluar dari kediaman) untuk beberapa hari ini demi keselamatan mereka, memandangkan unit mereka terletak berhampiran dengan kawasan runtuhan tebing dan tanah di lokasi kejadian.
"Pada masa sama kita nak tengok sama ada berlaku pergerakan tanah dan pelbagai aspek lain. Saya difahamkan ada dua keluarga yang tinggal di sekolah kebangsaan berhampiran manakala yang lain tinggal sementara di rumah saudara mara mereka," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, pihaknya turut difahamkan kerja pembaikan terus dijalankan sejak Rabu oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk pihak MBPJ yang melakukan kerja-kerja pembaikan di kawasan runtuhan sejak semalam.
"Begitu juga kepada agensi-agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertindak pantas turun ke lokasi kejadian ini," katanya.
Pada Rabu, satu kejadian runtuhan tebing dan tanah berlaku di Blok J, Rumah Pangsa Sri Cempaka kira-kira jam 4.45 petang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Elizabeth Wong
#runtuhan tebing
#tanah runtuh
#Rumah Pangsa Sri Cempaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan