awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Bukit Permai: 15 buah rumah alami kerosakan, 3 mangsa dikhuatiri tertimbus

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2022
11:29 MYT
Tanah runtuh Bukit Permai: 15 buah rumah alami kerosakan, 3 mangsa dikhuatiri tertimbus
Bomba Selangor menerima panggilan kira-kira pukul 5.52 petang sebelum pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan ditugaskan ke lokasi kejadian. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Kira-kira 15 buah rumah mengalami kerosakan dan tiga mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di sini sebentar tadi.
Sebanyak dua buah rumah dikatakan tertimbus sepenuhnya, manakala baki yang lain separa terjejas.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.52 petang sebelum pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan ditugaskan ke lokasi kejadian.
“Berdasarkan laporan awal, sebanyak 15 buah rumah terkesan akibat kejadian tanah runtuh ini dan dua daripadanya telah tertimbus.
“Hasil maklumat awam, terdapat empat mangsa dilaporkan masih tertimbus dan salah seorangnya telah berjaya ditemui dengan selamat,” katanya seperti dilapor Kosmo! pada Khamis.
Norazam juga memaklumkan, usaha menyelamatkan mangsa sedang dilakukan dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan.
[VIDEO] Kira-kira 15 buah rumah mengalami kerosakan selepas berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai, Ampang sebentar tadi. . Kredit Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia pic.twitter.com/RfKOs8YZN0
— ERA - Muzik Hit Terkini (@ERAdotje) March 10, 2022
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan di laman Twitternya mengesahkan menerima maklumat tentang kejadian berkenaan.
Menurut beliau, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ketika ini sedang membantu pasukan bomba bagi kerja-kerja menyelamatkan mangsa.
Menerima maklumat kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang. Berdasarkan maklumat awal 4 org mangsa terperangkap manakala 15 buah rumah dan 10 buah kenderaan terjejas. Pihak MPAJ sedang membantu pasukan bomba bagi kerja menyelamat. Kita berdoa agar semua mangsa selamat.
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) March 10, 2022
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#tertimbus
#Ampang
#Taman Bukit Permai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan