PUTRAJAYA: Kerja-kerja pencegahan pembaikan jangka pendek iaitu menutup segera permukaan cerun yang terdedah dengan tarpaulin sheet di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, di Batang Kali, Selangor, telah dilaksanakan bagi mengelakkan runtuhan susulan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya turut membuat pengalihan air saliran permukaan dan longkang sedia ada daripada longkang sebelah kiri ke longkang sebelah kanan untuk mengelakkan air larian masuk ke dalam kawasan runtuhan, selain memasang tilt sensor bagi memantau pergerakan tanah di lokasi berkenaan.
Menurut kenyataan itu langkah berkenaan diambil susulan pemeriksaan awal pasukan Forensik dan Kejuruteraan Cerun JKR yang mendapati terdapat aliran air bawah tanah yang aktif dikesan di lokasi cerun runtuh terutamanya dalam kawasan perkhemahan.
"Penemuan awal mendapati berlaku dua kegagalan cerun di lokasi sama dengan sela masa 20 minit hingga 30 minit antara kedua-duanya.
"Kegagalan cerun yang pertama berkemungkinan besar berlaku di kawasan perkhemahan yang mengakibatkan kawasan di kaki (toe) cerun jalan raya menjadi lemah dan berlakunya runtuhan susulan (kedua) yang lebih besar," menurut JKR.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Operasi hari ketiga diteruskan, 9 mangsa masih hilang
Insiden runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu pada 2.42 pagi Jumaat lepas dengan anggaran isi padu tanah runtuhan sebanyak 450,000 meter padu, mengorbankan 24 orang daripada keseluruhan 94 mangsa, 61 orang selamat dan sembilan masih hilang.
Menurut kenyataan itu penemuan turut mendapati bahu jalan B66 Seksyen 13.0 dari arah Gohtong Jaya ke Batang Kali telah jatuh dan rosak akibat runtuhan cerun, selain terdapat retakan (tension cracks) secara memanjang pada lorong kiri laluan menghala ke Batang Kali kesan daripada runtuhan tersebut.
"Berdasarkan hasil penemuan itu, dipercayai ketepuan tanah dan tekanan air liang tanah yang tinggi akibat pengumpulan air bawah tanah pada bahagian bawah cerun di kawasan perkhemahan, telah melemahkan kaki cerun jalan B66 seterusnya menyebabkan kegagalan retrogresif kepada cerun jalan," menurut JKR.
JKR turut memaklumkan tindakan siasatan tanah terperinci dijangka dilaksanakan di tapak berkenaan sejurus operasi mencari dan menyelamat ditamatkan.
Selain itu, jalan negeri B66 laluan Batang Kali - Genting Highlands ditutup sepenuhnya pada 16 Dis susulan daripada kejadian tanah runtuh di Seksyen 13.0 laluan terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 18 2022
JKR turut memaklumkan tindakan siasatan tanah terperinci dijangka dilaksanakan di tapak berkenaan sejurus operasi mencari dan menyelamat ditamatkan. - Gambar fail/ Twitter @Bernama
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Hujan lebat disahkan pencetus utama insiden tanah runtuh Batang Kali
Kejadian hujan merupakan faktor pencetus utama insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor tahun lalu sehingga meragut 31 nyawa.
Selangor setuju nyah rahsia laporan insiden tanah runtuh Batang Kali
Kerajaan Selangor bersetuju untuk nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, yang berlaku pada Disember tahun lalu.
Laporan tanah runtuh Batang Kali akan dinyah rahsia, didedah
Kerajaan negeri bakal nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.
Polis terima 4 laporan babit harimau belang termasuk di Goh Tong Jaya, Batang Kali
Polis menerima empat laporan berhubung kejadian seekor harimau belang berkeliaran di sekitar Batang Kali, Goh Tong Jaya, Serendah dan Kuala Kubu Bharu di sini.
Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024
Kerja-kerja fizikal pembaikan cerun dan jalan di laluan Batang Kali-Genting Highlands akan bermula akhir Ogos ini dan dijangka siap pada Mac tahun depan.
Tanah runtuh Batang Kali: Hasrat mangsa terselamat jumpa pasukan SAR tertunai
Ling, 20, yang diselamatkan anggota bomba pada hari pertama tragedi itu, berkunjung ke Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.
Tanah runtuh Batang Kali: 10 agensi penyelamat dirai dalam majlis penghargaan khas
Sepuluh agensi penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh Batang Kali dekat sini pada 16 Dis tahun lepas diraikan dalam satu majlis penghargaan khas.
Polis siasat dakwaan barangan mangsa insiden Batang Kali diguna individu lain
Polis menyiasat dakwaan satu hantaran di laman Facebook bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan barangan milik mangsa tragedi insiden tanah runtuh di Batang Kali.
Tanah runtuh Batang Kali:' Anak sempat minta jaga diri sebelum pergi' - Bapa
Sehingga saat ini masih tergiang-ngiang kata-kata terakhir mendiang anak lelakinya,Tong Kai En, 9, yang terkorban dalam kejadian itu.
Tanah runtuh Batang Kali: Jalan sehala sudah siap, akan dibuka segera
Kerajaan Selangor sudah menyiapkan jalan sehala di Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya.