KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia setahun merupakan mangsa termuda yang meninggal dunia akibat tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor pada awal Jumaat.

Menurut senarai mangsa yang dikongsikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), identiti kesemua tujuh mangsa kanak-kanak telah dikenal pasti.

Mereka ialah Wong Zi Hang, 1; Daniel Khor Yen, 5; Ka Sin Ya Vanya, 6; Zech Loh Qi Yi, 7; Tong Kai En, 9; Ng Yee Tong, 11; dan Eng Huai Yi, 12.

Secara keseluruhannya, daripada 24 mangsa korban, identiti 21 mangsa telah dikenal pasti setakat jam 1 petang Ahad.

Proses pengesahan identiti menggunakan kombinasi tiga kaedah iaitu pengecaman DNA, cap jari dan pengecaman pihak waris pada wajah atau barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.

[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Operasi hari ketiga diteruskan, 9 mangsa masih hilang

Manakala identiti tiga lagi mangsa masih belum disahkan dengan proses pengecaman melalui tiga kaedah tersebut masih dijalankan.

Pada masa yang sama, daripada lapan mangsa cedera yang menerima rawatan di tiga hospital berbeza, tiga mangsa masih berada di wad, manakala baki lima yang lain telah dibenarkan pulang.

Berikut senarai nama mangsa yang meninggal dunia yang telah dikenal pasti setakat ini:
  1. Lim Wei Xin, 36 (perempuan)
  2. Hong Mei Jing, 38 (perempuan)
  3. Nurul Azwani Kamaruzaman, 31(perempuan)
  4. Lai Lee Yin, 37 (perempuan)
  5. Tong Kai En, 9 (lelaki)
  6. Lai Lee Koon, 44 (perempuan)
  7. Ka Kok Boon, 43 (lelaki)
  8. Zech Loh Qi Yi, 7 (lelaki)
  9. Eng Huai Yi, 12 (perempuan)
  10. Eng Choon Wen, 43 (lelaki)
  11. Ng Yee Tong, 11 (perempuan)
  12. Ka Sin Ya Vanya, 6 (perempuan)
  13. Lam Sook Man, 37 (perempuan)
  14. Wong Kim Yap, 34 (lelaki)
  15. Fong Choy Kee, 43 (perempuan)
  16. Liu Pei Si, 44 (perempuan)
  17. Daniel Khor Yen, 5 (lelaki)
  18. Chin Su King, 36 (perempuan)
  19. Lai Chee Sam, 33(lelaki)
  20. Wong Zi Hang, 1 (lelaki)
  21. Gain Choo Yin, 35 (perempuan)