Tanah runtuh Batang Kali: Cuaca mendung, operasi SAR sembilan lagi mangsa diteruskan

Bernama
Disember 19, 2022 02:15 MYT
SAR sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya diteruskan pagi ini. -Twitter Bernama
BATANG KALI: Memasuki hari keempat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya di sini diteruskan hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Selangor Datuk Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan memberi fokus di Sektor A (Hillview) dan Sektor C (Riverside) serta kawasan sekitar yang belum digali.
TRAGEDI TANAH RUNTUH BATANG KALI
Enam anjing unit pengesan (K9) turut mula dibawa masuk ke kawasan pencarian pada 8.30 pagi tadi, dalam keadaan cuaca mendung pada pagi ini.
Semalam operasi berkenaan ditangguhkan pada kira-kira 9.30 malam berikutan keadaan cuaca buruk.
Setakat ini, 24 mangsa disahkan meninggal dunia dan 61 orang selamat daripada keseluruhan 94 mangsa.
-- BERNAMA
#cuaca buruk #Father's Organic Farm #Tanah Runtuh Batang Kali #operasi mencari dan menyelamat