Tanah runtuh Batang Kali: Empat mayat ditemui di Sektor C

Fareez Azman
Disember 22, 2022 03:48 MYT
Operasi yang memasuki hari ketujuh bersambung semula pada kira-kira 8 pagi tadi, selepas ditangguhkan pada pukul 10 malam semalam. - Foto JBPM Selangor
HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketujuh kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm menemui empat lagi mayat pagi ini.
Ia menjadikan angka korban meningkat kepada 30 setakat ini, manakala tiga lagi masih hilang.
Perkembangan terbaru itu dimaklumkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi akaun Twitter.
Menurut Pusat Pengurusan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kesemua mayat pagi ini ditemui di sektor C, iaitu sekitar kawasan Riverside.
Mangsa merupakan seorang kanak-kanak perempuan, seorang kanak-kanak lelaki, seorang wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa.

TERKINI: 22/12/22 Pagi ini para petugas SAR telah berjaya menemui 4 lagi mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh Fathers Organic Farm pic.twitter.com/W1qYv5sg0T

— NADMA Malaysia (@mynadma) December 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu hari ini, operasi SAR yang memasuki hari ketujuh bersambung semula pada kira-kira jam 8 pagi, selepas ditangguhkan pada pukul 10 malam tadi.
Keseluruhannya, 94 mangsa dilaporkan terlibat dalam tragedi yang berlaku di tapak perkhemahan yang terletak di Jalan Batang Kali-Genting Highlands itu.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, daripada keseluruhan mangsa terlibat, 29 adalah kanak-kanak dan 65 dewasa.
#tanah runtuh #batang kali #Father's Organic Farm #angka kematian