Tanah runtuh Batang Kali: Guna Lebuhraya Karak melalui Genting Sempah - Resorts World Genting

Bernama
Disember 16, 2022 04:23 MYT
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di tapak perkhemahan berhampiran jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Resorts World Genting menasihatkan pengunjung yang pergi dan balik dari resort itu supaya menggunakan Lebuhraya Karak melalui laluan Genting Sempah susulan insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.
Dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan di laman webnya, pengendali resort itu berkata kedua-dua belah jalan masuk ke Resorts World Genting telah ditutup polis susulan kejadian berkenaan.
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul," menurut laman web itu.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat kepada 13
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di tapak perkhemahan berhampiran jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands.
Tragedi Batang Kali: Perkembangan terkini tanah runtuh (Setakat jam 1130 pagi)
-- BERNAMA
#tanah runtuh #batang kali #Genting Highlands #Father Organic Farm