Tanah runtuh Batang Kali: Hujan lebat, unit pengesan anjing K-9 keluar dari lokasi pencarian

Fareez Azman
Disember 22, 2022 07:26 MYT
Anjing unit pengesan K9 dibawa keluar dari lokasi kejadian tanah runtuh sejurus selepas hujan lebat mulai turun. - Foto Astro AWANI/Fareez Azman
HULU SELANGOR: Cuaca hujan lebat dan tanah lembut menjadi faktor utama yang dipercayai menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketujuh.
Kesemua tujuh anjing pengesan, empat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), dua daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seekor daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat keluar daripada lokasi kejadian sekitar jam 2.15 petang Khamis.
Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan atau ditangguhkan ketika ini.
Empat mayat ditemukan dalam bungkusan khemah, kedalaman 7 meter
Kini, pencarian tertumpu kepada Sektor A dan Sektor C dipercayai lokasi baki mangsa yang hilang.
Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 selamat, 30 nyawa terkorban dan tiga lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 orang.
#Tanah Runtuh Batang Kali #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #Polis Diraja Malaysia #unit pengesan K9