KUALA LUMPUR: Identiti kesemua 30 mangsa yang ditemukan meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Batang Kali, pada 16 Dis lepas telah dikenal pasti.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kombinasi empat kaedah digunakan bagi mengenal pasti mangsa iaitu padanan asid deoksiribonukleik (DNA), cap jari, gigi dan pengecaman oleh waris termasuk pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.

Proses bedah siasat untuk semua mayat juga selesai dan mayat telah diserahkan kepada waris oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Hari ke-8, pencarian mangsa terakhir diteruskan

"Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab," menurut agensi itu dalam kenyataan di sini malam ini.

Tragedi tanah runtuh pada 2.42 pagi Jumaat lepas setakat ini menyaksikan 61 selamat, 30 nyawa terkorban manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit.

Berikut adalah senarai nama mangsa yang terkorban:


  1. Eng Huai Yi (kanak-kanak perempuan 12 tahun)

  2. Eng Choon Wen (lelaki-dewasa)

  3. Ka Kok Bun (lelaki-dewasa)

  4. Ka Sin Ya Vanya (kanak-kanak perempuan 6 tahun)

  5. Fong Choy Kee (perempuan-dewasa)

  6. Daniel Khor Yen (kanak-kanak lelaki 5 tahun)

  7. Chin Su King (perempuan-dewasa)

  8. Lai Chee Sam (lelaki-dewasa)

  9. Lai See Tin (perempuan-dewasa)

  10. Jonas Lai Ze Kai (kanak-kanak lelaki 2 tahun)

  11. Giselle Lai Yu Xi (Kanak-kanak perempuan 6 tahun)

  12. Tong Kai En (kanak-kanak lelaki 9 tahun)

  13. Lai Lee Koon (perempuan-dewasa)

  14. Wong Kim Yap (lelaki-dewasa)

  15. Wong Zi Hang (kanak-kanak lelaki 1 tahun)

  16. Gain Choo Yin (perempuan-dewasa)

  17. Wong Hao Yee (kanak-kanak perempuan 6 tahun)

  18. Tai Jing Kay (kanak-kanak lelaki 7 tahun)

  19. Tai Jing Rou (kanak-kanak perempuan 4 tahun)

  20. Yu Siew Pay (perempuan-dewasa)

  21. Tai Chang Lin (lelaki-dewasa)

  22. Lim Wei Xin (perempuan dewasa)

  23. Hong Mei Jing (perempuan-dewasa)

  24. Nurul Azwani Kamaruzaman (perempuan-dewasa)

  25. Lai Lee Yin (perempuan-dewasa)

  26. Zech Loh Qi Yi (kanak-kanak lelaki 7 tahun)

  27. Ng Yee Tong (kanak-kanak perempuan 11 tahun)

  28. Lam Sook Man (perempuan-dewasa)

  29. Liu Pei Si (perempuan-dewasa)

  30. Ng Chay Diok (lelaki-dewasa)



-- BERNAMA