awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: JMG nafi cerun insiden tersenarai sebagai cerun kritikal

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/12/2022
04:57 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: JMG nafi cerun insiden tersenarai sebagai cerun kritikal
Skop pemantauan cerun kritikal JMG tertumpu di kawasan penempatan dan cerun-cerun semulajadi, tidak bertindih fungsi dengan autoriti lain. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Cerun di kawasan tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands di Hulu Selangor, tidak tersenarai dalam cerun-cerun kritikal di bawah pemantauan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah JMG Hisamuddin Termidi berkata, ia bertentangan dengan laporan media sebelum ini, yang menyatakan cerun terbabit berada dalam senarai pemantauan pihaknya.
Tambahnya lagi, skop pemantauan cerun kritikal JMG tertumpu di kawasan penempatan dan cerun-cerun semulajadi, yang tidak bertindih fungsi dengan pihak autoriti lain.
“Bagi penempatan ataupun sebarang cadangan pembangunan baru di lereng bukit atau berkedudukan berhampiran cerun merupakan sebahagian komponen dalam kebenaran merancang yang memerlukan penilaian risiko dibuat.
“Bagi risiko yang melibatkan bencana geologi tanah runtuh, pihak pemaju perlu melantik ahli geologi profesional yang berdaftar di bawah Lembaga Ahli Geologi Malaysia membuat penilaian,” tambahnya.
SEMUA BERHUBUNG TRAGEDI TANAH RUNTUH BATANG KALI DI SINI
Dalam kenyataan tersebut, Hisamuddin berkata, portal Malaysiakini dan Utusan Malaysia pada 18 Disember lepas melaporkan bahawa cerun di kawasan tragedi runtuhan tanah itu disenaraikan antara lokasi kritikal yang dikenal pasti JMG.
Tragedi Batang Kali | SAR ditamat, keadaan di zon merah
Sementara itu, pada 21 Disember lepas, beliau berkata, Berita Harian pula melaporkan JMG pada bulan September, menyenaraikan kawasan tanah runtuh yang terjadi di Batang Kali sebagai lokasi kritikal.
Bagaimanapun, jurucakap pengusaha Father’s Organic Farm, Frankie Tan berkata, beliau tidak pernah menerima apa-apa surat atau sebarang maklumat mengenai senarai terbabit.
Dalam tragedi itu, 31 mangsa terkorban, dengan mayat terakhir dijumpai pada 24 Disember lepas, sembilan hari selepas operasi mencari dan menyelamat dimulakan.
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Jabatan Mineral dan Geosains
#Father's Organic Farm
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Hisamuddin Termidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan