Tanah runtuh Batang Kali: Mayat ke-15 dibawa keluar Jabatan Forensik HSB

Fareez Azman
Disember 17, 2022 16:52 MYT
Mayat mangsa dipercayai kanak-kanak berusia 12 tahun itu dibawa keluar menaiki kenderaan jenazah kira-kira jam 12.34 tengah malam Ahad. - Astro AWANI
SUNGAI BULOH: Mayat ke-15 mangsa korban tragedi tanah runtuh Batang Kali selesai proses bedah siasat di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh (HSB).
Mayat mangsa dipercayai kanak-kanak berusia 12 tahun itu dibawa keluar menaiki kenderaan jenazah kira-kira jam 12.34 tengah malam Ahad.
Turut kelihatan keluarga mangsa meninggalkan HSB sejurus mayat berkenaan dibawa keluar.
Difahamkan upacara pengebumian mangsa akan dijalankan di Shah Alam.
Sehingga kini angka korban akibat tragedi tanah runtuh di Batang Kali, kekal 24 mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Satu mayat kanak-kanak perempuan ditemukan, angka korban 24
Manakala sembilan lagi mangsa masih lagi hilang dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus giat dijalankan sehingga jam 4.00 pagi Ahad.
Operasi seterusnya akan disambung semula jam 9.00 pagi hari yang sama.
#Tanah Runtuh Batang Kali #mayat mangsa #Jabatan Forensik HSB #Father's Organic Farm