awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah Runtuh Batang Kali: Mayat terakhir ditemui dalam 'sleeping bag', masih sempurna

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/12/2022
10:54 MYT
Tanah Runtuh Batang Kali: Mayat terakhir ditemui dalam 'sleeping bag', masih sempurna
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengesan terdapat sleeping bag di sektor A (Hillview) pada pukul 4.53 petang. - Gambar BERNAMA
HULU SELANGOR: Penemuan ‘sleeping bag’ menoktahkan pencarian mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, di sini, hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintenden Suffian Abdullah, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengesan terdapat ‘sleeping bag’ di sektor A (Hillview) pada pukul 4.53 petang.
Jelas beliau, alat perkhemahan tersebut ditemui dalam keadaan terlungkup pada kedalaman 1.5 meter (m).
“Hasil pemeriksaan dalam ‘sleeping bag’ berkenaan, terdapat mayat kanak-kanak dipercayai satu lelaki dalam anggaran usia tujuh hingga 12 tahun.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap, masih sempurna tetapi sudah mula mereput… mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian pada Sabtu.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mayat kanak-kanak berkenaan ditemui di tepi lereng pada jarak empat meter dari tapak perkhemahan.
Kata Wan Md Razali, anggota SAR mengesan terdapat satu aliran cecair di tebing berkenaan.
“Anggota SAR mengesyaki sesuatu pelik seperti cecair mayat dan cuba menggali ‘sleeping bag’ yang berada di situ dan mempercayai mangsa terakhir yang kita cari,” jelas beliau.
Wan Md Razali menambah, mangsa kemudian dikorek secara manual menggunakan cangkul dan ‘scoop’.
Secara keseluruhan, jelas beliau 19 mangsa ditemukan di sektor A (Hillview); sektor B - Farmview (satu); manakala sektor C - Riverside (10 mangsa).
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#mayat dalam sleeping bag
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Father s Organic Farm
#Ketua Polis Daerah Hulu Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan