awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Mesir ucap takziah kepada Malaysia

Bernama
Bernama
22/12/2022
16:16 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Mesir ucap takziah kepada Malaysia
Kerajaan Republik Arab Mesir menzahirkan ucapan takziah kepada Malaysia atas kejadian tanah runtuh Jumaat lepas di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Republik Arab Mesir menzahirkan ucapan takziah kepada Malaysia atas kejadian tanah runtuh Jumaat lepas di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya, di Batang Kali, Selangor yang menyebabkan ramai terkorban.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar Mesir berkata Kerajaan Republik Arab Mesir menzahirkan setulus-tulus ucapan takziah kepada Malaysia serta turut berduka atas tragedi tanah runtuh yang mengorbankan berpuluh-puluh mangsa dan mencederakan ramai orang.
Kenyataan itu disampaikan kepada Bernama melalui Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur pada Khamis.
Kenyataan itu juga menyampaikan ucapan takziah kerajaan Mesir kepada waris mangsa yang terkorban dan berharap mangsa yang cedera akan diberikan kesembuhan segera.
Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi 16 Disember di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 30 terkorban dan satu lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa.
-- BERNAMA
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Mesir
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Fathers' Organic Farm
#Kementerian Luar Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan