awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Operasi hari ke-9 bersambung dalam cuaca baik

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/12/2022
02:30 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Operasi hari ke-9 bersambung dalam cuaca baik
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers Organic Farm, Gohtong Jaya dimulakan dengan bacaan doa daripada anggota bertugas. -Facebook Pasukan SMART
HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini bersambung dalam keadaan cuaca yang baik.
Operasi SAR yang ditangguhkan pada jam 11 malam tadi diteruskan semula pada jam 8 pagi ini yang kini memasuki hari kesembilan.
Sejak beberapa hari lalu, operasi SAR berdepan cabaran cuaca tetapi pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi terus bekerja keras mencari mangsa yang masih hilang.
Mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki, dengan tumpuan pencarian hari ini difokuskan kepada sektor A (Hillview).
Difahamkan, operasi SAR hari ini melibatkan 53 anggota, dibantu oleh 10 unit anjing pengesan (K9), serta sembilan unit jengkaut.
Setakat Jumaat, operasi SAR dengan kerja-kerja penggalian ulangan telah melebihi 70 peratus.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor dilaporkan berkata operasi pada hari kelapan memberi tumpuan penggalian di sektor C (Riverside).
Sementara, empat mangsa yang ditemukan pada Khamis merupakan satu keluarga dari Taman Machap Indah, Machap Baru, Melaka telah dituntut waris.
Tragedi tanah runtuh berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas itu setakat ini menyaksikan 61 selamat, 30 nyawa terkorban, manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit.
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Tanah Runtuh Batang Kali
#operasi mencari dan menyelamat
#Mangsa terakhir
#Father s Organic Farm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan