Tanah runtuh Batang Kali: Pengarah Bomba Selangor diserang 'minor stroke'

Nickyson Nyambar
Disember 19, 2022 13:00 MYT
Datuk Norazam Khamis antara individu yang aktif mengkoordinasi serta mengatur gerak kerja pasukan bomba di lokasi tragedi runtuhan di Batang Kali, Pahang. - Gambar/ JBPM
KUALA LUMPUR : Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dimasukkan ke hospital selepas diserang 'minor stroke' atau strok ringan dipercayai akibat keletihan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerak Operasi JBPM Selangor pada Isnin, beliau dimasukkan ke Hospital Selayang pada jam 6 petang.
"Keadaan Datuk terkawal dan masih sedar diri," kata kenyataan itu.
LAPORAN KOMPREHENSIF TANAH RUNTUH BATANG KALI DI SINI
Jelas JBPM lagi, setakat ini, operasi untuk mencari baki sembilan mangsa yang tertimbus dalam tragedi di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali masih diteruskan.
JBPM dalam masa sama turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan Norazam kembali pulih dan diberikan kesembuhan segera.
Beliau antara individu yang terlibat aktif dalam penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi yang mengorbankan 24 mangsa setakat ini.
#Pengarah JBPM Selangor #Datuk Norazam Khamis #Minor Stroke #tragedi Batang Kali #tanah runtuh