HULU SELANGOR: Niat sebuah keluarga berkumpul untuk berkhemah beramai-ramai bertukar tragedi apabila tapak perkhemahan berkenaan dilanda tanah runtuh semasa kesemua mereka sedang tidur lena awal pagi Jumaat.
Salah seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Chong berkata, semasa kejadian, dia dan keluarga sedang tidur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat seperti guruh.
"Kami berkhemah tiga hari dua malam dan hari ini baru nak balik ke Melaka. Kami ada dalam 15 orang termasuk saudara mara dan kawan berkhemah di sini.
"Semasa tanah runtuh saya dengar bunyi macam guruh, masa itu saya tengah tidur. Selepas kejadian saya cuba selamatkan mangsa yang tertimbus, saya korek tanah pakai tangan untuk selamatkan dua orang dari tapak kem lain," katanya ketika ditemui di Balai Polis Ulu Yam di sini pada Jumaat.
Sementara itu, Teh, 22, seorang lagi mangsa yang terselamat berkata, dia bersyukur terselamat namun bersedih kerana kehilangan salah seorang ahli keluarganya dalam insiden sekitar jam 2 pagi itu.
"Sebelum kejadian keadaan hujan renyai-renyai dan beberapa hari sebelum itu pun sama, kadang kala hujan turun sikit-sikit.
"Malam tadi saya tidur 'on' 'off' sahaja dan tiba-tiba dengar bunyi batu berguling sebelum khemah kami terangkat sehingga kaki naik ke atas," katanya.
Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan pihak bomba menganggarkan sekitar 100 mangsa dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father's Organic Farm, Batang Kali, di sini awal pagi Jumaat.
Bomba Selangor dilapor berkata, sebanyak tiga buah jentera termasuk unit anjing pengesan (K9) dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, dan beberapa balai lain telah dikerahkan ke lokasi kejadian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 16 2022
Teh ketika menceritakan kejadian tanah runtuh dalam kejadian di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, awal pagi ini. - Foto Sinar Harian
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.