awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Tuhan masih berpihak kepada kita - Ketua Polis Negara

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/12/2022
04:05 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Tuhan masih berpihak kepada kita - Ketua Polis Negara
Anggota mencari dan menyelamat yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali bergambar beramai-ramai selepas berjaya menemui mayat mangsa terakhir semalam. --fotoBERNAMA
HULU SELANGOR: Faktor cuaca dan bentuk muka bumi menjadi cabaran paling besar kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terlibat mengesan mangsa yang hilang dalam kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun mengakui, halangan berkenaan dapat diatasi dengan kerjasama erat pelbagai agensi SAR yang terlibat.
Ujarnya, tiada sebarang masalah timbul untuk menggerakkan aset dan guna tenaga manusia dalam operasi yang digiatkan susulan tragedi di Jalan Batang Kali-Genting Highlands pada 16 Dis lalu itu.
“Tidak ada cabaran melainkan cuaca tetapi Alhamdulillah walaupun berlaku hujan, Tuhan masih berpihak kepada kita secara keseluruhan.
“Jadi, kita kena buat sujud syukur dan doa selamat, pertamanya kerana, dalam usaha kita menyelamat ini, kita kena pastikan petugas SAR selamat,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.
Hadir sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamad; Timbalan Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail; Panglima 11 Briged, Brigedier Jeneral Fazal Abdul Rahman.
Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata sepanjang 10 hari operasi SAR digerakkan, tiada sebarang gangguan daripada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau orang awam yang hadir ke lokasi kejadian.
Beliau turut meminta pihak berkaitan segera menyemak semula garis panduan aktiviti riadah di lokasi berisiko, termasuk di kawasan cerun dan berhampiran sungai bagi mengelak kejadian sama berulang.
Ditanya sama ada pihaknya menerima sebarang aduan berhubung kutipan sumbangan palsu membabitkan tragedi terbabit, Acryl Sani berkata, ia tidak berlaku setakat ini.
Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua agensi SAR yang terlibat.
“Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi terbabit, termasuk rakan media yang bertungkus-lumus sepanjang misi SAR ini.
“Saya sangat menghargai setiap pengorbanan dan kerjasama anda,” ujarnya.
Menurutnya, pihak SAR menggunakan hampir 12 jentera yang diperolehi daripada pihak swasta serta agensi Angkatan Tentera Malaysia.
Seramai 31 mangsa disahkan terkorban dalam tragedi tanah runtuh berkenaan, sementara 61 individu selamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang terlibat.
Mayat terakhir ditemukan pasukan SAR di Sektor A pada pukul 4.53 petang semalam di dalam sebuah ‘sleeping bag’, pada kedalaman 1.5 meter.
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Acryl Sani Abdullah Sani
#tanah runtuh
#Father s Organic Farm
#batang kali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan