awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Republikan AS tolak cadangan tindakan ketenteraan terhadap Greenland
Ugut tikam dan rogol rakan sekelas, pelajar 13 tahun diperintah bon berkelakuan baik
Kes Zahid Hamidi: AGC sahkan keterangan tidak mencukupi, tiada tindakan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah Runtuh Batang Kali: Tujuh kenderaan ditemui, lima dikenal pasti

Hilmi Malik
Hilmi Malik
19/12/2022
03:49 MYT
Tanah Runtuh Batang Kali: Tujuh kenderaan ditemui, lima dikenal pasti
Sejumlah tujuh buah kenderaan telah ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat membabitkan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, kata Suffian Abdullah. - Gambar Astro AWANI
HULU SELANGOR: Sejumlah tujuh buah kenderaan telah ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lima buah kenderaan telah dikenal pasti.
"Daripada lima buah kenderaan, dua melibatkan mangsa yang masih hidup, dua mangsa yang telah meninggal dunia dan satu kenderaan membabitkan mangsa yang masih hilang," katanya dalam sidang media, di sini, pada Isnin.
Mengulas perkembangan bilangan mangsa, beliau berkata, jumlah itu masih kekal seperti yang dilaporkan setakat Ahad.
Dalam masa sama, Suffian turut mengingatkan semua pihak agar menjaga sensitiviti mangsa terlibat dengan tidak menularkan gambar atau video yang bokeh mengaibkan pihak berkenaan.
Operasi SAR pada Isnin kembali diteruskan seawal pukul 8 pagi dalam usaha mencari sembilan lagi mangsa yang masih dilaporkan hilang.
LAPORAN KOMPREHENSIF TANAH RUNTUH BATANG KALI DI SINI
Topic Berkaitan
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Father's Organic Farm
#operasi sar
#Ketua Polis Daerah Hulu Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan