NATIONAL

Tanah runtuh berketinggian 40 kaki di Sungai Merab

Astro Awani 23/04/2025 | 03:10 MYT
Kejadian tidak melibatkan mangsa, rumah dan kenderaan, hanya jalan utama untuk keluar masuk sahaja terhalang. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR : Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di lereng bukit berhampiran jalan utama di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor pada Rabu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor dalam satu kenyataan, tanah runtuh itu dilaporkan berketinggian 40 kaki di Jalan Haji Abdullah.

Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan mangsa, rumah dan kenderaan, hanya jalan utama untuk keluar masuk sahaja terhalang.

Anggota bomba dari BBP Dengkil tiba di lokasi pada jam 9.11 pagi dengan melibatkan lapan anggota untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.






#BBP #tanah runtuh #pusat gerakan operasi #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #terkini