[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
MALAYSIA

Tanah runtuh Bukit Permai: 15 buah rumah alami kerosakan, 3 mangsa dikhuatiri tertimbus

Astro Awani 10/03/2022 | 11:29 MYT
Bomba Selangor menerima panggilan kira-kira pukul 5.52 petang sebelum pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan ditugaskan ke lokasi kejadian. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Kira-kira 15 buah rumah mengalami kerosakan dan tiga mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di sini sebentar tadi.
Sebanyak dua buah rumah dikatakan tertimbus sepenuhnya, manakala baki yang lain separa terjejas.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.52 petang sebelum pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan ditugaskan ke lokasi kejadian.
“Berdasarkan laporan awal, sebanyak 15 buah rumah terkesan akibat kejadian tanah runtuh ini dan dua daripadanya telah tertimbus.
“Hasil maklumat awam, terdapat empat mangsa dilaporkan masih tertimbus dan salah seorangnya telah berjaya ditemui dengan selamat,” katanya seperti dilapor Kosmo! pada Khamis.
Norazam juga memaklumkan, usaha menyelamatkan mangsa sedang dilakukan dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan di laman Twitternya mengesahkan menerima maklumat tentang kejadian berkenaan.
Menurut beliau, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ketika ini sedang membantu pasukan bomba bagi kerja-kerja menyelamatkan mangsa.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#tanah runtuh #tertimbus #Ampang #Taman Bukit Permai