awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Bukit Permai: Baki penduduk mula berpindah

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
11/03/2022
01:40 MYT
Tanah runtuh Bukit Permai: Baki penduduk mula berpindah
Penduduk di Taman Bukit Permai 2 mula berpindah dari kawasan tersebut. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Beberapa penduduk di kawasan sekitar tapak insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang di sini mula berpindah disebabkan risau tentang keselamatan mereka.
Sejak insiden yang berlaku petang semalam, sebahagian kejiranan di kawasan tersebut sudah pun berbuat demikian selain arahan berpindah yang telah dikeluarkan oleh pihak polis.
Manakala sebahagian mereka yang mana kediaman mereka tidak terjejas namun terlalu hampir dengan kawasan runtuhan pula, mengmbil masa untuk berkemas dan mengeluarkan barangan penting sebelum melakukan perkara sama.
  Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut melakukan lawatan ke tapak runtuhan. - Astro AWANI
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut melakukan lawatan ke tapak runtuhan. - Astro AWANI
Bagaimanapun tinjauan mendapati terdapat segelintir penghuni yang tinggal sekitar 50 meter dari kawasan insiden tersebut masih lagi berada di rumah masing-masing.
Setakat pagi ini, tiada kerja-kerja menyelamat atau kerja-kerja pembersihan dilakukan sekali pun beberapa agensi penguatkuasaan seperti polis dan bomba masih ditempatkan di tapak runtuhan sejak semalam.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut melakukan lawatan ke tapak runtuhan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Taman Bukit Permai
#tanah runtuh
#Penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan