AMPANG: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan berjumlah RM1 juta bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini.
Perkara tersebut diumumkan oleh menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas hadir melakukan tinjauan di tapak kejadian tersebut, hari ini.
"KPKT meluluskan RM1 juta untuk kos-kos pembersihan di kawasan tanah runtuh yang berlaku. Ini akan disalurkan menerusi Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi membolehkan analisis risiko keseluruhan cerun boleh dilakukan.
"Peruntukan tersebut telah diluluskan dengan kadar segera," jelasnya kepada media.
Sementara itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor mendesak agar kerajaan negeri Selangor melakukan kajian terperinci terhadap semua cerun di negeri ini.
"Saya ingat sudah sampai masa di Selangor ini terutamanya di kawasan Ampang ini, boleh dikatakan sudah banyak kali berlaku. Saya sendiri beberapa kali datang melihat kejadian tanah runtuh.
"Kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan perlu membuat kajian mengenai kedudukan bukit-bukit dan juga tanah di kawasan Ampang," katanya selepas meninjau ke kawasan terbabit.
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri Mar 11 2022

Kerajaan negeri Selangor turut didesak melakukan kajian terperinci terhadap semua cerun di negeri berkenaan. - Gambar/ Bernama

Khutbah Arafah diterjemah ke empat lagi bahasa termasuk Tamil
Terjemahan langsung khutbah Hari Arafah, yang dianggap antara acara terpenting dalam kalendar Islam, kini diperluas dengan memasukkan empat lagi bahasa sebagai tambahan kepada 10 bahasa sedia ada.

Bimbang hilang kerja, tiada masa, alasan rakyat enggan buat saringan kesihatan
Penyakit tak pilih orang, tak pilih masa, bila-bila dan sesiapa pun boleh kena!

Cerita Sebalik Berita: Pemilihan PKR 2022 | Ini kemenangan untuk Ampang, parti - Hans Isaac
Pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyifatkan kemenangannya bagi jawatan Ketua Cabang Ampang pada Pemilihan PKR 2022 sebagai kemenangan untuk semua, khususnya buat Ampang dan parti Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac bercerita, sebagai satu parti, sudah tentu mereka akan meneruskan perjuangan dan agenda yang dibawa, tidak kira menang atau kalah.

34 premis urung lipas, lalat, tikus diarah tutup
Sebanyak 34 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana menyebabkan urungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit sangat rendah.

Pemilihan PKR 2022: "Ini kemenangan untuk Ampang, parti" - Hans Isaac
Kata Hans, bukan populariti jadi kayu ukur kemenangannya.

Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja
Sebanyak 13.5 kilogram dadah ganja bernilai RM33,813 dirampas polis Pulau Pinang daripada suspek.

Cerita Sebalik Berita: Penjawat awam | bakal nikmati skim ansuran beli, baharui insurans kenderaan
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah bercerita tugasan liputannya dalam isu peluang kira-kira 1.6 juta penjawat awam membeli atau memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah menerusi program pembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com.

10 pemancing, tiga kru bot hilang ditemui selamat
Sepuluh pemancing bersama tiga kru bot yang dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu, ditemukan selamat pada Jumaat.

Harga ayam adil untuk semua pihak - Alexander Nanta Linggi
Nanta berpuas hati dengan kadar kepatuhan terhadap harga siling ayam dan memberi jaminan bekalan ayam mencukupi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Perbankan | SME Bank catat prestasi kewangan memberangsangkan
SME Bank menambahkan jumlah asetnya kepada RM11.4 bilion dan mencatatkan peningkatan portfolio pembiayaan kasarnya sebanyak 8.3% kepada RM8 bilion semasa tahun kewangan 2021. Pengerusi SME Bank, Datuk Seri Nazir Ariff berkata, hasil disiplin kewangan yang kukuh, pendekatan pengurusan risiko yang mantap, serta kedudukan modal yang teguh membolehkan bank mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) sebanyak RM55.3 juta pada 2021 mengatasi sasaran RM28.4 juta.

Tanah runtuh Bukit Permai: Gelongsoran baharu dikesan, penghuni 15 rumah dinasihat pindah
Polis menasihatkan penduduk di 15 rumah di Jalan Bukit Permai 1, Ampang dekat sini, untuk mengosongkan kediaman dan berpindah sementara.

Tanah runtuh: Penduduk Taman Bukit Permai 1 anggap kediaman masih selamat
Penduduk di Taman Bukit Permai 1 yang terletak berhampiran lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang menyifatkan kawasan mereka selamat untuk diduduki.

Tanah runtuh Bukit Permai: KPKT salur peruntukan RM1 juta untuk kerja pembersihan
Kelulusan tersebut diumumkan oleh menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas hadir melakukan tinjauan di tapak kejadian tersebut, hari ini.

Tanah runtuh Bukit Permai: Mayat kedua ditemukan
Satu lagi mayat ditemukan, menjadikan angka korban insiden tanah runtuh Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di sini, direkodkan kepada dua orang, setakat ini 11.55 malam Khamis.

Tanah runtuh Bukit Permai: Mayat wanita warga emas dibawa keluar
Polis mengesahkan seorang wanita warga emas terkorban manakala tiga lagi dikhuatiri masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di sini pada Khamis.

Tanah runtuh Bukit Permai: Perdana Menteri kongsi kesedihan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsi kesedihan berhubung kejadian tanah runtuh yang berlaku di Ampang, petang tadi.