awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Bukit Permai: Tiada aktiviti pembalakan di kawasan tersebut - MB Selangor

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
11/03/2022
02:50 MYT
Tanah runtuh Bukit Permai: Tiada aktiviti pembalakan di kawasan tersebut - MB Selangor
Keadaan di sekitar kawasan perumahan selepas kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Permai 2. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tapak kawasan insiden runtuhan tanah di Taman Bukit Permai 2, Ampang yang meragut empat nyawa setakat ini tidak ada kaitan dengan sebarang aktiviti atau pembalakan.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam sidang medianya selepas mengadakan lawatan ke tempat kejadian hari ini.
Menurutnya, pihak kerajaan tempatan juga tidak pernah menerima sebarang aduan berlakunya tanah runtuh di kawasan terbabit sebelum ini.
"Ia merupakan kawasan lapang dan tidak ada sebarang aktiviti seperti pembalakan atau pengosongan tanah, tidak ada.
"Mungkin ia disebabkan keadaan hujan sejak beberapa hari yang menyebabkan struktur tanah itu terurai.
"Tidak pernah ada aduan untuk kawasan ini. Yang kita pernah terima aduan ialah kawasan 4 kilometer dari sini," jelas beliau.
Kerajaan negeri Selangor juga katanya akan menyalurkan bantuan segera kepada keluarga mangsa yang terkorban sebanyak RM10,000.
Sementara itu proses pengosongan kediaman membabitkan rumah yang terlalu hampir dengan tempat runtuhan tersebut sedang dilakukan.
"Kita ada lebih 48 rumah yang perlu dikosongkan dan saya sedang melihat proses itu berjalan dulu.
"Kalau keadaan bencana ni diperingkat awal evakuasi adalah satu proses yang paling penting dilakukan.
"Dan sekarang kita sedang mengukur sama ada keadaan itu selamat ataupun tidak," jelasnya lagi.
Tambahnya, tempoh selama tiga hingga empat hari diperlukan sebelum pengesahan sama ada kawasan berdekatan runtuhan tersebut selamat atau tidak untuk didiami.
Kesemua penghuni kediaman terbabit, jelasnya, akan dibenarkan pulang selepas kajian dan ukuran tahap keselamatan selesai dilakukan.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Taman Bukit Permai 2
#Amirudin Shari
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan