KUALA LUMPUR: Sukar untuk menentukan punca tanah runtuh yang berlaku berdekatan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku di ibu negara kerana pihak-pihak berkenaan masih menjalankan siasatan.
Pengarah Program SlopeWatch, Eriko Motoyama bagaimanapun berkata, berdasarkan penerangan awal pihak bomba, ada kemungkinan tanda-tanda awal sudah muncul untuk beberapa lama.
"Bomba kata sebelum runtuhan besar ada runtuhan kecil tetapi mungkin ada tanda-tanda tanah runtuh kecil terutamanya apabila berkaitan paip pecah.
"Ini kerana menurut JKR, paip pecah adalah salah satu punca tanah runtuh, apa sahaja berkaitan air.
"Ada banyak faktor juga faktor lain seperti cerun curam dan sistem perparitan yang rosak. Tetapi bukan bermakna paip pecah hari ini dan esoknya terus tanah runtuh mungkin sudah lama ia berlaku.
"Antara tanda-tanda yang berguna untuk diperhatikan orang awam seperti cerun jadi berair atau soggy. Dalam situasi macam ini akan ada air bertakung, boleh nampak di kaki cerun.
"Di tengah-tengah cerun, tanah kadang-kadang berair. Manakala di bahagian atas ada hakisan, kadang-kadang boleh nampak rekahan," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI Khas, di sini pada Selasa.
Motoyama yakin agensi teknikal sedang membuat penilaian pantas untuk memahami keadaan semasa.
"Bomba sedang memantau pergerakan tanah bagi mendapatkan penyelesaian sementara tentang cara mengurus dan memastikan orang ramai selamat, serta memastikan tiada pergerakan tanah sekunder yang boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk," tambahnya.
Terdahulu, satu kejadian tanah runtuh berlaku di cerun bukit melibatkan kawasan seluas 1,115 meter persegi berhampiran MACA, pada jam 1.54 petang Selasa.
Bomba memaklumkan sumber air yang berada di bawah aliran tanah berkemungkinan menjadi punca kepada kejadian.
Madiha Abdullah
Tue Apr 25 2023
Berdasarkan penerangan awal pihak bomba, ada kemungkinan tanda-tanda awal sudah muncul untuk beberapa lama. - BOMBA KL
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
AWANI Ringkas: Selepas tiga hari SAR, mayat pemancing hilang ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Tebing runtuh di perumahan mewah Cyberjaya, PBT diarah segera baik pulih
Majlis Perbandaran Sepang diarah menyegerakan kerja-kerja baik pulih runtuhan tebing di kawasan perumahan mewah Cassia Garden Residence di Cyberjaya.
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Hampir 100 maut di Pakistan ekoran hujan lebat dan banjir kilat
Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di Khyber Pakhtunkhwa, Balochistan dan Wilayah Punjab serta Jammu dan Kashmir.
Korban tanah runtuh Sulawesi Selatan meningkat kepada 20 orang
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dalam keadaan hujan dan berkabus dengan tanah runtuh menyekat laluan.
Angka korban gempa bumi Taiwan meningkat kepada 13 orang, ratusan masih terkandas
Jalan raya di kawasan pergunungan masih terhalang oleh beberapa tanah runtuh.
1 maut, 9 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia
Seorang maut manakala sembilan lagi, termasuk kanak-kanak hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di wilayah Jawa Barat Indonesia pada Ahad.
12 maut akibat banjir, tanah runtuh di Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan berterusan di Brazil, kata pegawai pada Ahad.
75 rumah musnah akibat tanah runtuh di Peru
Hujan lebat menyebabkan kerosakan di bandar selatan Peru, Alca berikutan kejadian tanah runtuh melibatkan jalan raya, rumah, sekolah dan hospital pada Sabtu.
26 maut, enam hilang dalam banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat, Indonesia
Agensi Pengurusan Bencana Sumatera Barat (BPBD) pada Isnin melaporkan 26 maut dengan enam masih hilang dan dua cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di pulau itu.
Korban banjir, tanah runtuh di Sumatera Barat meningkat kepada 19
Daerah Pesisir Selatan paling teruk terjejas dengan 16 kematian dan tujuh lagi hilang manakala 25,794 keluarga terjejas.