awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemui

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/01/2024
05:44 MYT
Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemui
Mayat lelaki warga Myanmar itu ditemui sekitar jam 12.15 tengah hari di bawah runtuhan tanah di sektor D, berhampir mayat pertama yang ditemui di Sektor C semalam. - Foto Astro AWANI
CAMERON HIGHLANDS: Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat ketiga mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Mayat lelaki warga Myanmar itu ditemui sekitar jam 12.15 tengah hari di bawah runtuhan tanah di sektor D, berhampir mayat pertama yang ditemui di Sektor C semalam.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli bagaimanapun berkata, identiti mayat masih belum dikenal pasti.
“Pegawai Forensik D10 Bukit Aman juga telah sampai ke sini untuk mengenal pasti mayat-mayat yang telah dijumpai.
“Setakat ini ada dua sahaja mangsa yang telah dikenal pasti, kedua-duanya lelaki iaitu Law Ha Phey, 36 dan Ki Shing Om, 48, lelaki yang telah dijumpai semalam,” katanya.
Beliau bercakap dalam sidang media di Pusat Kawalan Bomba pada Sabtu.
Menurutnya, identiti mayat lelaki yang dijumpai hari ini akan dikenal pasti sebaik sahaja dibawa ke Pusat Kawalan Bomba.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba Md Gezani Md Ghazi berkata, pihak bomba akan meneruskan operasi untuk mengesan dua lagi mangsa, termasuk seorang wanita, termasuk menggunakan jentera berat berantai.
Jentera berat berkenaan telah berada di kawasan Pos Kawalan dan akan dibawa ke lokasi tanah runtuh yang dijangka mengambil masa lebih sejam.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Cameron Highlands
#mayat ketiga ditemui
#warga myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan