awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Cameron Highlands: SAR mangsa ditangguh akibat hujan lebat

Bernama
Bernama
26/01/2024
12:59 MYT
Tanah runtuh Cameron Highlands: SAR mangsa ditangguh akibat hujan lebat
Mayat kedua mangsa tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley, Cameron Highlands ditemukan pada 12.05 tengah hari tadi. Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highlands untuk tindakan lanjut. - fotoBERNAMA
CAMERON HIGHLANDS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa insiden tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley, Cameron Highlands ditangguh pada 7 malam ini akibat hujan lebat.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Md Gezani Md Ghazi berkata operasi itu akan disambung esok pada 7 pagi.
"Hujan lebat menyebabkan cuaca buruk dan struktur tanah menjadi tidak selamat dan berisiko.
"Kita sedang pastikan semua anggota SAR keluar dengan selamat dari kawasan runtuhan," katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Bomba di lokasi bencana itu petang tadi.
SAR bagi menyelamatkan mangsa dalam insiden malang itu sepatutnya diteruskan hingga 10 malam dengan kekuatan 84 anggota pelbagai agensi.
Terdahulu, dua daripada lima mangsa yang tertimbus berjaya ditemukan dan telah dibawa keluar dari kawasan runtuhan.
Pada kira-kira 2.40 pagi tadi, lima warga Myanmar termasuk seorang wanita dikhuatiri tertimbus selepas dua rumah pekerja yang dihuni kesemua mangsa ditimbus dalam insiden tanah runtuh itu.
Md Gezani juga berkata pasukan SAR akan melakukan perbincangan dalam mengatur semula gerak kerja bagi meneruskan operasi esok.
Beliau berkata selain meluaskan kawasan pencarian, operasi akan memfokus kepada sektor pertemuan dua mayat sebelum ini.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh Cameron Highlands
#operasi sar
#warga myanmar
#Md Gezani Md Ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan