Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di lereng bukit bersebelahan Jalan Raja Chulan.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut pada jam 10.53 pagi.
"Panggilan tersebut memaklumkan, lapisan konkrit pengadang pada lereng bukit itu runtuh bersama tanah dan menimpa sebuah restoran di bawahnya," katanya.
Runtuhan tersebut menyebabkan seluruh bahagian dapur restoran La Vie En Rose ranap.
Sejurus menerima panggilan, kira-kira 50 anggota bomba bersama empat jentera dari Balai Hang Tuah dan KLCC digegaskan ke tempat kejadian.
"Kami mendapati terdapat empat tong gas memasak (LPG) masing-masing seberat 50 kilogram bocor ekoran ditimpa konkrit.
"Titik punca kebocoran ditemui di bahagian dapur restoran yang ditimbus tanah beberapa minit sebelum hujan lebat pada sekitar jam 1 petang," maklumnya.
Sehubungan itu, penduduk telah diminta mengosongkan bangunan kediaman dan restoran tersebut ditutup untuk dua minggu.
Ketika ini bomba sedang melepaskan gas daripada tangki yang bocor secara terkawal bagi mengelak risiko kebakaran yang seterusnya kemungkinan boleh menyebabkan letupan.
Sementara itu, pihak berkuasa lain sedang menunggu hujan reda sebelum Jabatan Kerja Raya dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja pemeriksaan tanah.
Dalam pada itu, seorang penduduk pangsapuri di bahagian atas lereng bukit itu memberitahu, dia terdengar bunyi seakan guruh kecil dan letupan mercun sekitar jam 2 pagi.
Israr Khalid
Mon Nov 16 2015
Runtuhan tersebut menyebabkan seluruh bahagian dapur restoran La Vie En Rose ranap. - Foto Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tanah runtuh di lereng bukit Jalan Raja Chulan
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di lereng bukit bersebelahan Jalan Raja Chulan menyebabkan dapur sebuah restoran berhampiran, ranap.