[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Tanah runtuh di Seri Kembangan, tiada kemalangan jiwa

Astro Awani 01/04/2025 | 15:10 MYT
Tanah runtuh berlaku pada lereng setinggi kira-kira 10 kaki, dengan jarak lapan meter daripada bahagian belakang sebuah rumah teres. - Foto ihsan bomba
SERI KEMBANGAN: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Taman Cheras Jaya, Seri Kembangan, pada Selasa.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mazlan Mohmad berkata, runtuhan yang berlaku itu bagaimanapun tidak membabitkan kerosakan pada struktur rumah atau kemalangan jiwa.
Sepasukan bomba dari Balai Bomba Kajang dengan kekuatan enam anggota, bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 7.20 malam.
Menurutnya, tanah runtuh berlaku pada lereng setinggi kira-kira 10 kaki, dengan jarak lapan meter daripada bahagian belakang sebuah rumah teres.
Pemantauan dijalankan oleh pihak bomba dan penduduk terbabit dinasihatkan berpindah ke kawasan lebih selamat.
Kes telah diserahkan pada pihak berkuasa daerah untuk tindakan selanjutnya.
#tanah runtuh #Seri Kembangan #Taman Cheras Jaya #bomba