MALAYSIA
Tanah runtuh: Dua lagi dilaporkan tertimbus di Papar
Kejadian tanah runtuh menghempap tiga rumah dan menyebabkan dua tertimbus dalam kejadian di Kampung Mook, Papar. - Foto ihsan JBPM Sabah
PAPAR: Dua individu dilaporkan tertimbus akibat tanah runtuh dan usaha membawa keluar mangsa sedang dilakukan oleh pasukan penyelamat di Kampung Mook, di sini, pada Isnin.
Ringkasan AI
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, dilaporkan berlaku tanah runtuh yang menghempap tiga rumah di kawasan tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.02 pagi.
Katanya, seramai sembilan anggota termasuk Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 35 kilometer dari BBP Papar.
"Sebaik tiba, dua mangsa dilaporkan tertimbus namun telah ditemui oleh pasukan bomba.
"Operasi membawa keluar mangsa sedang dijalankan ketika ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya lagi, maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa. — Sinar Harian
Ringkasan AI
- Dua individu tertimbus dalam tanah runtuh di Kampung Mook, Papar pagi Isnin yang menghempap tiga rumah sekitar jam 9.30 pagi.
- Pasukan bomba termasuk unit Storm tiba di lokasi pada 10.24 pagi, selepas menerima panggilan kecemasan pada 10.02 pagi.
- Kedua-dua mangsa telah ditemui dan usaha membawa keluar sedang dijalankan, maklumat lanjut akan dikemas kini.