MALAYSIA
Tanah runtuh: Hajiji arah pembaikan jalan terjejas dipercepat
Hajiji berkata, kerja-kerja pembaikan itu perlu disiapkan segera supaya penduduk tidak terus terjejas. - Gambar fail
PENAMPANG: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan kerja-kerja pembaikan jalan yang terjejas akibat tanah runtuh di sini terutama Jalan Penampang-Tambunan dipercepat bagi menjamin keselamatan pengguna serta kelancaran perhubungan ke kawasan pedalaman.
Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, syarikat konsesi serta agensi berkaitan turut diminta untuk menambah jentera bagi memastikan laluan di kedua-dua hala dapat dibuka semula dalam tempoh terdekat.
"Sekarang hanya boleh digunakan satu hala. Jadi, kerja-kerja pembaikan akan dijalankan 24 jam sehari. Kita berharap pengguna jalan raya ataupun rakyat di kawasan ini supaya bersabar sedikit.
"Kerajaan negeri memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat. Kita mahu kerja-kerja pembaikan ini disiapkan segera supaya penduduk tidak terus terjejas," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian di Kampung Pogunon di sini hari ini.
Selain masalah jalan, Hajiji berkata talian elektrik yang terputus akibat kejadian itu juga perlu segera dipulihkan dan beliau akan berhubung dengan pengurusan Sabah Electricity Sdn Bhd bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Beliau berkata Jabatan Air Sabah dan kontraktor berkaitan turut diarah memastikan bekalan air bersih kembali pulih di kawasan terjejas, serta menzahirkan simpati kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh yang mengakibatkan kematian apabila sebuah rumah tertimbus Khamis lepas.
"Kerajaan negeri amat prihatin dengan nasib keluarga mangsa. Saya memberi jaminan bantuan segera akan disalurkan," katanya.
-- BERNAMA