MALAYSIA
Tanah runtuh: Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Pos Blau ditutup
Keadaan tunuh runtuh yang berlaku di Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Pos Blau. - Foto JKR
GUA MUSANG: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 45 berhampiran Pos Blau di sini menyebabkan laluan itu ditutup kepada semua kenderaan.
Penutupan itu bermula awal pagi Rabu dan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo ketika di hubungi pemberita.
"Runtuhan itu mula dikesan sejak dua hari lalu namun ia melibatkan skala yang kecil.
"Namun, sejak malam tadi runtuhan di kawasan itu menjadi lebih serius," katanya.
Menurut beliau, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menutup laluan itu selepas melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.
Sementara itu, JKR Gua Musang memaklumkan penutupan bermula pada Rabu hingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pemakluman itu dibuat menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook yang mana orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan dua laluan alternatif sebagai jalan perhubungan sementara.
"Pengguna jalan raya dari Gua Musang yang mahu ke Cameron Highlands, Pahang boleh menggunakan laluan Sungai Koyan-Ringlet-Cameron Highlands," katanya. - Sinar Harian