awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple: Creator Studio tidak akan guna data pengguna untuk latih AI
Capital A jual 17 juta saham AirAsia X bernilai RM28.05 juta
AS umum fasa kedua pelan tamatkan perang Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh: Kenderaan awam dilarang naik ke Bukit Jugra

Sinar Harian
Sinar Harian
17/10/2023
09:13 MYT
Tanah runtuh: Kenderaan awam dilarang naik ke Bukit Jugra
Pelawat yang melakukan aktiviti riadah di kawasan tersebut diingatkan menjaga keselamatan dan mengelak menghampiri kawasan lereng bukit buat sementara waktu.
KUALA LANGAT: Pengguna jalan raya tidak dibenarkan memandu kenderaan naik ke Bukit Jugra, Kuala Langat berkuat kuasa pada Isnin hingga akhir tahun ini susulan tanah runtuh di kawasan lereng bukit.
Majlis Perbandaran Kuala Langat dalam satu kenyataan memaklumkan tempoh penutupan masuk bagi kenderaan awam adalah selama dua bulan.
“Berkuat kuasa 16 Oktober kerja pembaikian dan penyelenggaraan sedang dijalankan pihak Jabatan Kerja Raya, utamakan keselamatan,” menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu di laman Facebooknya.
PBT itu turut mengingatkan pelawat yang melakukan aktiviti riadah di kawasan tersebut agar menjaga keselamatan dan mengelak menghampiri kawasan lereng bukit buat sementara waktu.
“Bagi aktiviti beriadah juga perlu diingatkan menjaga keselamatan dan jangan menghampiri kawasan lereng bukit buat sementara waktu,” katanya.
Bukit Jugra merupakan antara lokasi terkenal dengan aktiviti pendaratan luncur udara atau paragliding yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara ke Selangor. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#bukit jugra
#Majlis Perbandaran Kuala Langat
#luncur udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan