awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
Kerajaan MADANI komited rapatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh: Laluan ke Pos Yum ditutup

Sinar Harian
Sinar Harian
26/11/2021
03:32 MYT
Tanah runtuh: Laluan ke Pos Yum ditutup
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di jalan utama menghala ke penempatan masyarakat orang asli Pos Yum di Sungai Siput. -Foto ihsan pembaca
SUNGAI SIPUT: Laluan A300, Jalan Utama Pos Beswok yang menghubungkan masyarakat orang asli Pos Yum, di sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selepas berlaku tanah runtuh akibat kegagalan cerun.
Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Kangsar dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian yang berlaku pada Khamis itu membabitkan laluan sepanjang 60 meter dengan cerun sedalam 10 hingga 15 meter.
"Tindakan awal diambil dengan membina jalan sementara yang menghubungkan jalan yang telah terputus itu.
"Jentera akan masuk hari ini dan jalan sementara itu dijangka siap dalam masa satu hingga dua hari. Notis penutupan jalan telah dikeluarkan," katanya di sini pada Jumaat.
Menurutnya, pembinaan semula cerun di lokasi kejadian akan dijalankan berdasarkan kepada pemeriksaan forensik kegagalan cerun.
Difahamkan, penutupan jalan tersebut turut membabitkan laluan menghala ke Air Terjun Lata Penyel, di Kampung Pendeq Pos Yum.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pos Yum
#Orang Asli
#tanah runtuh
#Jalan Utama Pos Beswok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan