MALAYSIA
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Kawasan tanah runtuh yang terletak di Kompartmen 31 Hutan Simpan Bukit Kinta dan berhampiran dengan sebuah kawasan kedai makan. - Tangkap layar media sosial
IPOH: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands yang dikesan berlaku tanah runtuh akan ditutup selama sebulan sehingga siasatan lengkap dibuat.
Ringkasan AI
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Jabatan Perhutanan Perak akan memberi notis penutupan kepada pemegang permit mulai esok.
Menurutnya, kawasan kedai makan tersebut di Seksyen 45.9, Laluan Pesekutuan 185 (FT 185: Jalan Simpang Pulai- Cameron Highland) telah diberikan kelulusan permit penggunaan oleh Jabatan Perhutanan bagi tujuan sewaan tapak kedai makan dan minum seluas 0.4 hektar mulai 16 Mei hingga 31 Disember 2025.
“Lokasi cerun tersebut berada di luar seliaan atau rizab Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Walau bagaimanapun, melalui semakan awal, lokasi tersebut adalah merupakan kawasan tanah tambak dan risiko kejadian tanah runtuh adalah tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini.
Sehubungan dengan itu, kata beliau, merujuk kepada keadaan semasa, pihak JKR menasihatkan supaya lokasi tersebut ditutup daripada sebarang aktiviti bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Jelasnya, tindakan penutupan lokasi tersebut adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Hutan serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan.
Terdahulu tular di media sosial TikTok sejak semalam rakaman dron yang dimuat naik oleh ‘Mummy Naura’ di satu tapak makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands yang nampak seakan terdapat hakisan tanah di sebelah ruang makan.
Mohammad Nizar berkata, kawasan tanah runtuh tersebut terletak di Kompartmen 31 Hutan Simpan Bukit Kinta dan berhampiran dengan kawasan kedai makan.
Ringkasan AI
- Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands akan ditutup selama sebulan susulan tanah runtuh yang berlaku.
- Penutupan berikutan risiko tinggi tanah runtuh di kawasan tersebut yang diluar seliaan Jabatan Kerja Raya.
- Penutupan dilakukan di bawah bidang kuasa Jabatan Hutan dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.