Tanah runtuh Tongod: Tiga mayat mangsa banjir lumpur dijumpai

Ridzal Abdullah
April 4, 2017 04:07 MYT
Tiga mayat dipercayai mangsa banjir lumpur di Ladang Sen Fu, dekat Tongod dijumpai di dua lokasi berasingan. -Gambar Astro AWANI/Ridzal Abdullah
Tiga mayat dipercayai mangsa banjir lumpur di Ladang Sen Fu, dekat Tongod dijumpai di dua lokasi berasingan.
Dua mangsa ditemukan pada Isnin malam di Kampung Masaum, manakala satu lagi dijumpai pagi Selasa di Kampung Mangkawago.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat, operasi yang masuk hari keempat tertumpu di dua kawasan terbabit susulan penemuan.
Pencarian diteruskan di kawasan timbunan kayu, batu dan lumpur yang dibawa banjir.
#Kampung Mangkawago #Kampung Masaum #Ladang Sen Fu #mangsa banjir lumpur #Tongod