awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanaman kacang panjang, petola musnah akibat banjir

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2022
02:00 MYT
Tanaman kacang panjang, petola musnah akibat banjir
Nazaton melihat tanaman yang diusahakan di Kampung Batu Kapor Bawah dekat Mentakab, Temerloh musnah dalam kejadian banjir besar baru-baru ini. - Foto Sinar Harian
TEMERLOH: Banjir besar yang melanda pada 18 Disember lalu menyebabkan sepasang suami isteri kehilangan punca pendapatan selepas tanaman kacang panjang dan petola yang diusahakan musnah dalam bencana tersebut.
Nazaton Saharuddin, 53, dari Kampung Batu Kapor Bawah dekat Mentakab, di sini mendakwa mereka mengalami kerugian kira-kira RM10,000 akibat kejadian tersebut.
Menurutnya, kira-kira 500 pokok kacang panjang dan puluhan pokok petola ditanam di atas tanah berkeluasan kira-kira 0.4 hektar.
"Sedih memang sedih kerana ia adalah sumber pendapatan kami dan kebanyakan tanaman itu sedia untuk dijual kepada peraih sebelum banjir melanda.
"Ia juga kejadian kali kedua pada tahun 2021 selepas kali pertama berdepan insiden sama pada awal Januari," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Nazaton memerlukan masa lebih sebulan untuk mengusahakan kembali tanaman tersebut.
"Ini disebabkan faktor tanah yang masih lembik selepas banjir surut baru-baru ini dan saya berharap situasi selepas banjir segera pulih," ujarnya lagi.
Nazaton yang mula mengusahakan tanaman itu bersama suaminya, Zainudin Bador, 53, kira-kira 10 tahun lalu berkata, rumah yang didiami mereka juga ditenggelami banjir baru-baru ini.
"Termenung dibuatnya melihat tahap kemusnahan kali ini namun kami reda dengan ujian diberikan," tambahnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#banjir
#kacang panjang
#petola
#bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan