MALAYSIA
Tanaman rumput napier berpotensi besar, mampu kurangkan kos makanan ternakan - DOSM
Aminuddin menunjuk buku Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Negeri Sembilan pada Majlis Peluncuran di sebuah hotel hari ini. - Gambar Bernama
PORT DICKSON: Penanaman rumput napier berpotensi besar menjadi tanaman strategik dalam sektor pertanian, sekali gus mampu mengurangkan kos makanan haiwan ternakan sehingga 30 peratus.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata permintaan yang semakin meningkat terutama dalam kalangan penternak ruminan menunjukkan bahawa rumput itu boleh menjadi alternatif lestari bagi menggantikan dedak atau pelet yang mahal.
Beliau berkata hasil Banci Pertanian 2024 turut mendapati rumput itu bukan sahaja menjadi sumber makanan ternakan yang berkhasiat dan kos efektif, malah kini digunakan sebagai bahan mentah untuk biojisim dan tenaga boleh diperbaharui.
"Kos rumput napier lebih rendah berbanding makanan ternakan komersial lain dan harga rumput napier kering lebih murah sekitar 30 sen sekilogram berbanding makanan ternakan komersial yang boleh mencapai lebih 50 sen sekilogram.
"Secara keseluruhannya, rumput napier menawarkan masa depan yang cerah dalam mempertingkatkan sektor penternakan di Malaysia," katanya pada Majlis Pelancaran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Negeri Sembilan yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.
Mohd Uzir yang juga Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024 berkata tiga negeri mempunyai penanaman rumput napier terbesar adalah Kedah iaitu seluas 363.5 hektar, Terengganu (276.6 hektar) dan Negeri Sembilan (267.9 hektar), dengan keseluruhan keluasan penanaman rumput itu di seluruh negara adalah 1,388 hektar.
Dalam pada itu, beliau berkata sektor pertanian kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara dan memainkan peranan dalam memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi.
"Sektor ini turut menyumbang secara signifikan dalam mengurangkan kebergantungan negara terhadap import, menyokong industri pemprosesan, mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan isi rumah khususnya para petani," katanya.
Sementara itu, Aminuddin berkata sektor pertanian di Negeri Sembilan menunjukkan pemulihan dan pengukuhan yang ketara, berkembang 9.8 peratus pada tahun lepas berbanding -5.6 peratus pada 2023 didorong prestasi cemerlang sub sektor tanaman terutama kelapa sawit.
"Ini jelas membuktikan keberkesanan pelaksanaan strategi di bawah Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (RPNS) serta impak positif daripada pendekatan Agropolis yang diterajui kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata sektor perkhidmatan turut berkembang 4.3 peratus, pembuatan meningkat 3.9 peratus yang masing-masing menyumbang kepada kelestarian ekonomi negeri secara keseluruhan.
Dalam perkembangan berasingan, Aminuddin berkata kerajaan negeri belum meluluskan pelantikan jawatan bagi Ahli Lembaga Pelawat Hospital seluruh Negeri Sembilan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju untuk menangguhkan pelantikan itu sejak minggu lepas.
"Kita belum luluskan pelantikan itu... mana-mana pelantikan belum disahkan, kita tangguh dulu bagi seluruh Negeri Sembilan. Minggu lepas lagi kita tangguh pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital buat sementara," katanya.
Terdahulu, media melaporkan seorang penceramah bebas mendakwa terdapat individu berkepentingan dalam persatuan peruncit peranti vape dilantik sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rembau dekat sini, bagaimanapun individu itu kemudian menafikan memegang jawatan berkenaan.
-- BERNAMA