awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanda Putera ditayang kepada perwakilan UMNO

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2013
11:54 MYT
Tanda Putera ditayang kepada perwakilan UMNO
Filem Tanda Putera ditayangkan secara percuma kepada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra malam ini.
Tayangan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap, Tan Sri Tan Sri Badruddin Amiruldin ketika sesi perbahasan ucapan dasar Presiden petang tadi.
Filem itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana didakwa memaparkan fakta yang salah berkaitan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Tanda Putera yang diarahkan oleh Shuhaimi Baba mengangkat kisah dua negarawan, Allahyahram Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang berdepan dengan krisis menguruskan negara semasa zaman penuh gelora itu.
Kontroversi itu menyebabkan tayangan umum filem berkenaan ditangguhkan beberapa kali sebelum ia akhirnya ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos yang lalu.
Filem yang menelan belanja RM4.7 juta itu yang sebahagiannya daripada dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasiona (FINAS) bertahan di pawagam selama 25 hari tetapi hanya mengutip lebih kurang RM930,000 daripada hasil jualan tiket.
Tanda Putera mencetuskan polemik di media mengenai sejarah dan persejarahan peristiwa besar semasa pembentukan awal negara.
Pengkritiknya menyifatkan filem berkenaan memberikan gambaran yang salah dan tidak tepat mengenai peristiwa 13 Mei selain gagal menonjolkan ketokohan sebenar dua negarawan berkenaan.
Bagaimanapun di kalangan pendukungnya, filem itu dilihat sebuah karya penting yang dapat mendidik generasi muda untuk kenal sejarah negara sehingga ada yang mencadangkan agar ia dikaji d institusi pengajian tinggi.
Tanda Putera sebelum ini pernah ditayangkan dalam satu majlis anjuran Felda dan dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga mencetuskan pandangan ia digunakan sebagai alat propaganda.
Topic Berkaitan
#perhimpunan umno
#Tanda Putera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan