Syawal tahun ini pastinya membawa keceriaan kepada bekas pesakit kanser tulang kerana menerima sumbangan tangan cetakan elektronik 3D yang direka khas untuknya.
Farahdina Che Fauzan, 16, yang kehilangan tangan kirinya apabila terpaksa dipotong kerana penyakitnya dua tahun lepas, meluahkan rasa syukur dan terharu di atas keprihatinan pihak yang tampil membantunya.
"Meskipun bantuan tangan cetakan elektronik 3D boleh melakukan pergerakan bahagian jari sahaja, namun saya rasa selesa dan ringan kerana beratnya hanya 600 gram, " katanya kepada Bernama di sini.
Anak sulung pasangan Hanismulizuana Mustaffa, 38, dan Che Fauzan Che Ahmad, 46, kini dalam peringkat percubaan menggunakan tangan cetakan elektronik 3D itu yang diaktifkan melalui Bluetooth dengan menggunakan telefon pintar.
Hanismulizuana berkata sejak Farahdina menggunakan tangan cetakan elektronik 3D itu, beliau dilihat lebih berkeyakinan dan berani untuk berdepan dengan masyarakat.
"Alhamdulillah, keadaan fizikal badannya ketika dia berjalan sekarang juga dilihat lebih lurus (seimbang) berbanding ketika tidak mendapat bantuan tangan cetakan elektronik 3D," katanya.
Pereka tangan cetakan elektronik 3D itu, Sujana Mohd Rejab, 48, mengakui penciptaannya agak mencabar kerana prototaip model pertama itu berbeza dengan ciptaannya sebelum ini.
"Dalam kes Farahdina, saya tiada rujukan khusus untuk mereka cipta bahagian bahu yang menyambung dengan badannya, hanya bantuan khidmat nasihat mengenai pergerakan tangan daripada Hospital Universiti Kubang Kerian.
"Insya-Allah, selepas ini akan ada lagi proses pembangunan dan penyelidikan (RnD) supaya ia lebih banyak berfungsi seperti boleh menggerakkan siku dan bahu," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata pihaknya menjalinkan kerjasama dengan Sujana bagi menghasilkan tangan bionik baharu yang lebih efektif bagi menggantikan tangan cetakan elektronik 3D.
Memandangkan Farahdina adalah seorang daripada anak angkat persatuan itu, katanya, POKB akan terus memantau kebajikan beliau termasuk menanggung kos rawatan kemoterapinya.
- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2017
Farahdina Che Fauzan, 16, menunjukkan cara menggunakan tangan cetakan elektronik 3D yang direka khas untuknya. Farahdina kehilangan tangan kirinya apabila terpaksa dipotong kerana penyakit kanser tulang dua tahun lepas. - Foto Bernama
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tangan elektronik 3D ceriakan pesakit kanser
Farahdina Che Fauzan yang kehilangan tangan kirinya apabila terpaksa dipotong kerana penyakitnya, terharu di atas keprihatinan pihak yang membantu.