[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Tangan putus tersepit mesin pemecah batu

Azee Shafy 26/04/2022 | 08:05 MYT
Seorang lelaki putus tangan kirinya selepas tersepit pada mesin pemecah batu di salah sebuah kilang di Keratong Timur, Rompin.
ROMPIN: Seorang lelaki putus tangan kirinya selepas tersepit pada mesin pemecah batu di salah sebuah kilang di Keratong Timur, di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 10.20 pagi dan lapan anggota digegaskan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, mangsa, Dil Akbar Kamarudin, 51 yang dipercayai pekerja di kilang itu sedang melakukan kerja rutin sebelum tangan kirinya tersangkut pada mesin terbabit.
"Semasa anggota tiba di lokasi, tangan mangsa telah terputus dari paras siku dan melekat pada mesin itu. Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.
"Operasi mengeluarkan tangan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas untuk melonggarkan tali sawat mesin dan tangan mangsa telah diserahkan kepada majikan mangsa untuk diserahkan kepada pihak hospital," katanya.
#tangan terputus #tersepit mesin #mesin pemecah batu #Keratong Timur