MALAYSIA
Tangani polemik politik, kekalkan keyakinan pelancong - King Sing
King Sing (kanan sekali) pada majlis menandatangani MoU di antara Resorts World Genting dan Tourism Malaysia di Genting Highlands, pada Khamis. -Foto Astro AWANI
BENTONG: Kestabilan politik serta keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama adalah kunci utama dalam memastikan kejayaan berterusan sektor pelancongan negara.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, kebimbangan pelancong terhadap isu politik yang sering dipolemikkan dengan sentimen kaum dan agama perlu ditangani segera bagi mengekalkan keyakinan antarabangsa terhadap Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama.
“Kita tidak stabil dari segi politik kerana terlalu banyak isu dijadikan isu politik, termasuk yang bersifat perkauman dan keagamaan. Ini menimbulkan kebimbangan kepada pelancong,” kata King Sing.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Resorts World Genting (RWG) dan Tourism Malaysia di Genting Highlands, pada Khamis.
King Sing dalam pada itu turut mengingatkan bahawa pelancong yang tiba ke Malaysia datang untuk beristirehat dan menikmati suasana, bukan untuk dibebani dengan isu kaum atau agama.
“Mereka hanya mahukan persekitaran yang lestari dan tenang. Oleh itu, saya menyeru semua pihak termasuk media, penggiat media sosial dan pempengaruh supaya tidak menjadikan setiap perkara sebagai isu kaum atau agama,” katanya.
Beliau menekankan bahawa imej Malaysia sebagai negara majmuk yang bersatu padu dan saling menghormati perlu terus diperkukuh bagi menjamin kelestarian kejayaan sektor pelancongan.
“Malaysia adalah negara berbilang kaum yang menghormati semua. Hanya dengan mengekalkan perpaduan dan keharmonian, kita mampu memastikan kejayaan pelancongan yang berterusan,” katanya.
Mengulas lanjut, King Sing berkata kerajaan sedang meneliti semula sasaran ketibaan pelancong antarabangsa bagi tahun hadapan dengan harapan melepasi angka 40 juta pelancong.
Ulas beliau, sasaran awal bagi kempen Visit Malaysia 2026 ditetapkan sebanyak 35.6 juta, namun pencapaian tahun lalu yang mencecah 38 juta pelancong menunjukkan potensi lebih besar untuk dicapai.
“Kita mahu semak semula angka tersebut. Tahun lalu kita sudah capai 38 juta, jadi tahun ini kita mahu lebih, dan harapan kita melebihi 40 juta (pelancong).
"Sokongan daripada pasaran antarabangsa amat memberangsangkan,” katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kestabilan politik dan keharmonian masyarakat penting untuk kejayaan sektor pelancongan Malaysia; Menteri Pelancongan menekankan kebimbangan pelancong terhadap isu politik, kaum, dan agama perlu ditangani segera.
- Pelancong datang untuk berehat dan menikmati suasana, bukan untuk terbebani dengan isu-isu perkauman atau keagamaan; imej Malaysia sebagai negara majmuk perlu dipertahankan untuk kelestarian sektor pelancongan.
- Kerajaan sedang meneliti semula sasaran ketibaan pelancong antarabangsa bagi tahun hadapan dengan harapan melepasi angka 40 juta pelancong; potensi kelebihan 40 juta pelancong disebabkan oleh sokongan pasaran antarabangsa yang memberangsangkan.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, kebimbangan pelancong terhadap isu politik yang sering dipolemikkan dengan sentimen kaum dan agama perlu ditangani segera bagi mengekalkan keyakinan antarabangsa terhadap Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama.
“Kita tidak stabil dari segi politik kerana terlalu banyak isu dijadikan isu politik, termasuk yang bersifat perkauman dan keagamaan. Ini menimbulkan kebimbangan kepada pelancong,” kata King Sing.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Resorts World Genting (RWG) dan Tourism Malaysia di Genting Highlands, pada Khamis.
King Sing dalam pada itu turut mengingatkan bahawa pelancong yang tiba ke Malaysia datang untuk beristirehat dan menikmati suasana, bukan untuk dibebani dengan isu kaum atau agama.
“Mereka hanya mahukan persekitaran yang lestari dan tenang. Oleh itu, saya menyeru semua pihak termasuk media, penggiat media sosial dan pempengaruh supaya tidak menjadikan setiap perkara sebagai isu kaum atau agama,” katanya.
Beliau menekankan bahawa imej Malaysia sebagai negara majmuk yang bersatu padu dan saling menghormati perlu terus diperkukuh bagi menjamin kelestarian kejayaan sektor pelancongan.
“Malaysia adalah negara berbilang kaum yang menghormati semua. Hanya dengan mengekalkan perpaduan dan keharmonian, kita mampu memastikan kejayaan pelancongan yang berterusan,” katanya.
Mengulas lanjut, King Sing berkata kerajaan sedang meneliti semula sasaran ketibaan pelancong antarabangsa bagi tahun hadapan dengan harapan melepasi angka 40 juta pelancong.
Ulas beliau, sasaran awal bagi kempen Visit Malaysia 2026 ditetapkan sebanyak 35.6 juta, namun pencapaian tahun lalu yang mencecah 38 juta pelancong menunjukkan potensi lebih besar untuk dicapai.
“Kita mahu semak semula angka tersebut. Tahun lalu kita sudah capai 38 juta, jadi tahun ini kita mahu lebih, dan harapan kita melebihi 40 juta (pelancong).
"Sokongan daripada pasaran antarabangsa amat memberangsangkan,” katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menjadi penekanan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkenaan kestabilan politik dan keharmonian masyarakat?
A: Beliau menekankan bahawa kestabilan politik dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama adalah kunci utama dalam memastikan kejayaan sektor pelancongan negara. - Q: Mengapa kebimbangan pelancong terhadap isu politik yang dipolemikkan dengan sentimen kaum dan agama perlu ditangani segera?
A: Kerana kebimbangan pelancong terhadap isu politik yang dipolemikkan dengan sentimen kaum dan agama boleh menjejaskan keyakinan antarabangsa terhadap Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama. - Q: Apakah yang disebutkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai pelancong yang tiba ke Malaysia?
A: Beliau menyatakan bahawa pelancong yang tiba ke Malaysia datang untuk beristirehat dan menikmati suasana, bukan untuk dibebani dengan isu-isu kaum atau agama. - Q: Apakah sasaran ketibaan pelancong antarabangsa yang sedang diteliti semula oleh kerajaan bagi tahun hadapan?
A: Kerajaan sedang meneliti semula sasaran ketibaan pelancong antarabangsa dengan harapan melepasi angka 40 juta pelancong bagi tahun hadapan. - Q: Apakah yang ingin dicapai oleh Malaysia dalam kempen Visit Malaysia 2026 berkenaan jumlah pelancong?
A: Sasaran awal bagi kempen Visit Malaysia 2026 ialah 35.6 juta pelancong, namun Malaysia kini mengejar sasaran yang lebih tinggi selepas mencapai 38 juta pelancong tahun lalu, dengan harapan melebihi angka 40 juta pelancong.