SANDAKAN: Pengumuman pembukaan sekolah secara berperingkat bermula awal Oktober depan mengundang pelbagai reaksi daripada ibu bapa di Sandakan, Sabah.
Rata-rata yang ditemui tidak bersetuju dengan pengumuman dibuat Kementerian Pendidikan (KPM) susulan angka kes positif di negeri itu yang masih tidak menunjukkan trend penurunan.
Bagi seorang tukang masak, Rosdi Lakuasa, dia berharap agar pembukaan ini ditangguhkan terlebih dahulu demi keselamatan pelajar dan guru seterusnya mereka yang terlibat dalam sektor itu.
"Saya ada seorang anak yang berusia tujuh tahun dan secara peribadinya saya masih belum bersedia untuk menghantarnya ke sekolah pada waktu ini.
"Kalau boleh tangguhkan terlebih dahulu pembukaan ini dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi sehingga kes menunjukkan trend penurunan," katanya.
Sementara bagi seorang jurujual kereta, Ling Kian Wu, dia merasakan lebih sesuai pembukaan sekolah dibuat selepas semua pelajar terlibat menerima suntikan vaksin terlebih dahulu.
Ini bagi memastikan tiada penularan dan jangkitan COVID-19 berlaku disebabkan pembukaan sekolah yang diumumkan.
"Lebih baik sekolah dibuka sejurus semua pelajar yang terlibat diberi suntikan vaksin terlebih dahulu, dan saya secara peribadinya hanya akan membenarkan anak-anak saya ke sekolah selepas mereka menerima vaksin.
"Jadi buat masa ini, selesaikan dahulu proses vaksinasi kepada pelajar skeolah kemudian barulah ia dibuka," ujarnya.
Manakala bagi seorang suri rumah, Mira Alang, pula berpendapat, cadangan pembukaan ini wajar difokuskan kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Pada pandangan saya, pembukaan sekolah rendah mungkin boleh ditangguh terlebih dahulu kerana mungkin bimbang akan kemungkinan penularan dalam kalangan kanak-kanak.
"Tetapi kalau peringkat sekolah menengah boleh dipertimbangkan pembukaan khusus bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan penting," katanya.
BACA: Pembukaan semula sekolah secara berperingkat ditangguh ke 3 Oktober - Radzi Jidin
Pada Ahad, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka akan dibuka pada 3 Oktober 2021.
Tambahnya, pembukaan itu bagaimanapun akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan.
Radhi Muslim
Mon Aug 16 2021
![Tangguh dahulu pembukaan sekolah sehingga kes positif COVID-19 menurun - Ibu bapa Tangguh dahulu pembukaan sekolah sehingga kes positif COVID-19 menurun - Ibu bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628833780_PEMBUKAANSEKOLAH.jpg)
Seorang guru mengambil bacaan suhu badan pelajar sebelum memasuki sekolah. - Foto fail/BERNAMA
![Bungkusan kecil berbalut benang atas pusara ayah Muhyiddin Bungkusan kecil berbalut benang atas pusara ayah Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718638720_TBMuhyiddin.jpg)
Bungkusan kecil berbalut benang atas pusara ayah Muhyiddin
Bungkusan kecil yang diikat benang di atas kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad, mengejutkan ahli keluarga yang menziarahi pusara tersebut pada pagi Hari Raya Aidiladha.
![Malaysia, Turkiye sepakat tingkat bantuan kemanusiaan terutama di Gaza - PM Malaysia, Turkiye sepakat tingkat bantuan kemanusiaan terutama di Gaza - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718638434_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia, Turkiye sepakat tingkat bantuan kemanusiaan terutama di Gaza - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Turkiye sepakat meningkatkan bantuan kemanusiaan khususnya di Gaza, Palestin.
![40 ditahan dalam Op Mabuk di Johor 40 ditahan dalam Op Mabuk di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717079416_MKumar.jpg)
40 ditahan dalam Op Mabuk di Johor
Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak semalam hingga pagi tadi.
![Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718634326_TBrompakanemas.jpg)
Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, empat orang suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.
![Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713050490_Alirantrafik.jpg)
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
![Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718634532_TBmina.jpg)
Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika
Menurut warga tempatan, ini kali ketiga hujan turun di kota Mekah sepanjang tahun ini.
![Mangsa bot karam Long Menjawah belum ditemukan Mangsa bot karam Long Menjawah belum ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718632740_TBbotkaram.jpg)
Mangsa bot karam Long Menjawah belum ditemukan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini masih belum menemukan dua mangsa yang hilang dalam kejadian bot karam di Long Menjawah, Belaga petang semalam.
10 Berita Pilihan - (17 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Hampir 30 pasangan Malaysia ke Selatan Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718632115_tbBalveerSingh.jpg)
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
![COVID-19: KKM kesan pertambahan kes, kluster selepas pembukaan sekolah COVID-19: KKM kesan pertambahan kes, kluster selepas pembukaan sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680600326_950x600.jpg)
COVID-19: KKM kesan pertambahan kes, kluster selepas pembukaan sekolah
KKM mengesan peningkatan kes COVID-19 serta bilangan kluster dari 26 Mac hingga 1 April lalu, susulan pembukaan semula sekolah di seluruh negara.
![Tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 Tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655821967_PkharuddinGhazali.jpg)
Tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024
Tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 yang akan bermula 19 Mac dan 20 Mac ini.
![Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 diumum dalam masa terdekat Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 diumum dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650904664_RadziJidin.jpg)
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 diumum dalam masa terdekat
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0, akan diumumkan selepas pengumuman mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
![Hampir keseluruhan hadir ke sekolah tanpa penggiliran mulai 21 Mac - Radzi Hampir keseluruhan hadir ke sekolah tanpa penggiliran mulai 21 Mac - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644924410_TBRADZI.jpg)
Hampir keseluruhan hadir ke sekolah tanpa penggiliran mulai 21 Mac - Radzi
Pengoperasian sekolah penggal satu bagi sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 21 Mac ini adalah lebih terbuka dengan hampir keseluruhan murid akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
![Feri penumpang dari Butterworth ke pulau diawalkan bermula esok Feri penumpang dari Butterworth ke pulau diawalkan bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641720239_FERIPULAUPINANG.jpg)
Feri penumpang dari Butterworth ke pulau diawalkan bermula esok
Perkhidmatan feri penumpang iaitu untuk pejalan kaki akan diawalkan bagi perjalanan pertama dari Butterworth ke bahagian pulau negeri ini bermula esok berikutan pembukaan sesi persekolahan.
![Sesi persekolahan penggal 3 ditangguh seminggu - Radzi Jidin Sesi persekolahan penggal 3 ditangguh seminggu - Radzi Jidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640160877_NadmaPPS.jpg)
Sesi persekolahan penggal 3 ditangguh seminggu - Radzi Jidin
Keputusan itu diambil kira susulan bencana banjir yang berlaku ketika ini telah memberi kesan kepada murid, ibu bapa, guru-guru termasuk sekolah.
![Parlimen: Lebih 85 peratus murid hadir ke sekolah - KPM Parlimen: Lebih 85 peratus murid hadir ke sekolah - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637482302_SekolahAlorSetar.jpg)
Parlimen: Lebih 85 peratus murid hadir ke sekolah - KPM
Keadaan ini menunjukkan bahawa pembukaan semula sekolah secara umumnya diterima baik oleh ibu bapa dan murid.
![Kehadiran ke sekolah tanpa penggiliran tertakluk kepada kajian, analisis - Radzi Kehadiran ke sekolah tanpa penggiliran tertakluk kepada kajian, analisis - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631439515_MohdRadziMdJidin.jpg)
Kehadiran ke sekolah tanpa penggiliran tertakluk kepada kajian, analisis - Radzi
Kehadiran pelajar ke sekolah tanpa penggiliran bagi kumpulan pelajar lain akan dilaksana tertakluk kepada kajian dan analisis Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
![Sekolah diingatkan, beri kelonggaran murid tidak pakai pakaian seragam - Radzi Sekolah diingatkan, beri kelonggaran murid tidak pakai pakaian seragam - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635829207_MohdRadziMdJidin.jpg)
Sekolah diingatkan, beri kelonggaran murid tidak pakai pakaian seragam - Radzi
Pihak sekolah sekali lagi diingatkan agar memberi kelonggaran kepada pelajar yang hadir ke sekolah untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah.
![Mulai 8 Nov, tiada penggiliran bagi sekolah 90 peratus vaksinasi lengkap - KPM Mulai 8 Nov, tiada penggiliran bagi sekolah 90 peratus vaksinasi lengkap - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635484955_950x600.jpg)
Mulai 8 Nov, tiada penggiliran bagi sekolah 90 peratus vaksinasi lengkap - KPM
Keputusan itu adalah hasil perbincangan bersama dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).