[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

'Tangguh sementara perjalanan ke Genting Highlands'

Sinar Harian 29/06/2024 | 09:40 MYT
Bas persiaran membawa 21 penumpang termasuk pemandu terbalik dan meragut dua nyawa pelancong lelaki warga China pada pagi Sabtu. - Gambar fail
BENTONG: Orang ramai yang yang berhasrat untuk ke Genting Highlands dinasihatkan agar menangguhkan sementara perjalanan ekoran berlaku kesesakan lalu lintas disebabkan kemalangan bas persiaran di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands di sini pada pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kesesakan teruk lebih satu jam dilaporkan berlaku dari Tol Gombak ke lokasi kejadian.
"Menurutnya, sehingga jam 4 petang, kerja-kerja mengalihkan badan bas yang terbalik belum dapat dilakukan kerana kenderaan tunda dalam perjalanan ke lokasi turut tersangkut dalam kesesakan.
"Proses mengalih bas terbabit cuba dipercepatkan dengan kerjasama pihak-pihak terlibat bagi memastikan aliran trafik di laluan itu kembali berjalan lancar," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Sabtu Sinar Harian melaporkan, bas persiaran membawa 21 penumpang termasuk pemandu terbalik meragut dua nyawa pelancong lelaki warga China.
Pemandu bas, dua pemandu pelancong warga tempatan dan 16 penumpang warga China yang dilaporkan cedera berjaya dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Seramai 13 mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala enam lagi dirawat di Hospital Bentong. - Sinar Harian
#Genting Highlands #kemalangan bas #kemalangan maut #Pelancong China