SHAH ALAM: Bekas Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertahankan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengislamkan saudara baharu baru-baru ini.
Beliau berkata, menjadi seorang Perdana Menteri tidak membuatkan Anwar berhenti menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang beragama Islam.
Menurutnya, perkara itu telah dirujuk dengan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengesahkan tindakan Anwar tidak menjadi satu kesalahan.
"Mana-mana orang Islam boleh mengislamkan saudara baharu...boleh membantu saudara baru ucapkan dua kalimah syahadah. Saya rujuk pada Ustaz Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
"Saya tanya bolehkah mana-mana Muslim Islamkan orang yang nak memeluk agama Islam... dia kata boleh.
"Malah jadi tanggungjawab kita orang Islam kalau orang tu nak masuk Islam tanpa paksaan...kita lafazkan dua kalimah syahadah bersama dengan dia (saudara baharu)...dia (Zulkifli) kata lepas tu daftarlah dengan jabatan agama negeri berkenaan," katanya menerusi Program Keluar Sekejap disiarkan di Youtube pada Isnin.
Beliau berkata demikian, sebagai respons kepada pelbagai reaksi di sosial media berhubung tindakan Anwar itu, termasuk yang berpandangan ia sebagai cubaan Anwar membina naratif 3R untuk mendapatkan sokongan orang Melayu khususnya selepas pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.
Khairy pada masa sama menegaskan, masyarakat wajar untuk mengkritik Anwar tentang perkara-perkara lain namun tidak mengenai agama Islam.
"Boleh kritik PMX tentang perkara lain tapi bukan tentang ini.
"Kalau orang cakap dekat saya pun, saya akan ucapkan syahadah bersama dia," katanya.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan juga senada mengenai perkara itu.
"Apa pun pandangan, Malaysia not a fully secular country. Kita ada (Islam) sebagai agama Persekutuan, Yang Dipertuan Agong juga ketua agama Islam.
"Jadi ada perkara-perkara yang lebih kepada untuk memastikan bahawa agama Islam ada pemerkasaannya," katanya.
Jumaat lalu, Anwar dilapor mengajar ucapan kalimah syahadah kepada seorang lelaki yang baru memeluk Islam.
Acara itu dijalankan di Masjid Ar-Rahimiah, Klang selepas beliau menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di kawasan sekitar. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 22 2023
Khairy Jamaluddin (kiri) dan Shahril Sufian dalam Program Keluar Sekejap yang disiarkan di saluran Youtube pada Isnin. - Foto Sinar Harian
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tanggungjawab Anwar sebagai seorang beragama Islam tidak terhenti - KJ
Khairy pertahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengislamkan saudara baharu baru-baru ini.