PENAMPANG: Sudah menjadi tanggungjawab generasi kita pada masa ini untuk melaksana apa yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ini kerana MA63 merupakan sebuah perjanjian dan ikrar yang telah dimeterai pemimpin-pemimpin negara terdahulu bagi membentuk negara bernama Malaysia, justeru menjadi tanggungjawab generasi kita pada masa ini melaksana MA63 dengan setia dan ikhlas.
"Saya tidak bimbang (mengenai MA63) kerana sejak ambil alih kerajaan, Kerajaan Perpaduan ini antara keutamaan kita selesaikan masalah merundung negara kita berpuluh tahun, tiap kali saya ke Sabah tidak habis dengar masalah perlaksanaan MA63.
"Enam bulan (ambil alih kerajaan) alhamdulillah, syukur kerana kerjasama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan pasukan negeri serta Persekutuan, saya minta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pengerusikan, hampir keseluruhan permasalahan itu selesai dengan baik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Sambutan Pesta Kaamatan 2023 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan turut hadir Hajiji; Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Jeffrey Kitingan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan 2023 dan Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Sementara itu, Anwar berkata dasar Malaysia MADANI dalam Kerajaan Perpaduan bukan sahaja bermatlamat untuk mengangkat Sabah dan Malaysia dalam pelbagai bidang antaranya ekonomi dan pendidikan, tetapi dalam masa sama 'mengakar' budaya serta tradisi tersendiri.
"Kita ada cita-cita dalam Malaysia MADANI, menjadikan Sabah dan Malaysia negara unggul, hebat ekonominya kuat tahap pendidikan dan teknologinya tetapi tetap mengakar ke akar budaya tradisi kita sendiri.
"Menghormati bukan sahaja menghormati toleransi tetapi menghormati apresiasi ada kekuatan, kehebatan, keindahan masing-masing lihat kepelbagaiannya, budayanya. Apa hebatnya manusia kalau tiada sifat manusiawi, sifat insaniah saling mencintai kepelbagaian satu sama lain," katanya.
Justeru, katanya Kerajaan Perpaduan pada masa ini bersungguh-sungguh mahu meyakinkan rakyat bahawa ini adalah fasa baharu Malaysia yang mahu memenangkan semua rakyat yang bernaung di bawahnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri dalam majlis itu turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk KDCA melaksanakan pelbagai aktiviti persatuan itu dan masyarakat tempatan terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
Anwar (tengah) berkata MA63 merupakan sebuah perjanjian dan ikrar yang telah dimeterai pemimpin-pemimpin negara terdahulu bagi membentuk negara bernama Malaysia. -Astro AWANI
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.