MALAYSIA
Tangisan tanpa henti punca kanak-kanak tiga tahun dipukul anak pengasuh
Fadil berkata, siasatan mendapati suspek dipercayai bertindak agresif selepas tangisan kanak-kanak itu didakwa menganggu dia yang ketika itu sedang berehat di rumah. - Gambar fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR : Tidak tahan dengan tangisan yang berterusan percayai punca seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipukul anak pengasuh sehingga menyebabkan mangsa lebam di mata kiri, dalam kejadian di Batu Muda, di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati suspek dipercayai bertindak agresif selepas tangisan kanak-kanak itu didakwa menganggu dia yang ketika itu sedang berehat di rumah.
Sehubungan itu beliau memberitahu, polis menahan remaja berusia 18 tahun itu pada Khamis lalu dan dreman empat hari sehingga Isnin depan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di wad kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Kejadian itu disedari selepas ibu mangsa datang ke rumah pengasuh berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang, Selasa lalu untuk mengambil anaknya sebelum mendapati mata kiri kanak-kanak itu cedera dan lebam.
Ibu bapa mangsa kemudian membawa kanak-kanak itu ke HKL untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang, Sentul bagi tindakan lanjut.