MALAYSIA
Tangkap layar Malaysia tak sertai Olimpik adalah berita palsu - MSN
MSN menegaskan Malaysia akan tetap ke ke Sukan Olimpik Tokyo. - sukanmalaysia.my
KUALA LUMPUR: Tangkap layar yang tular mendakwa penyertaan Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo ditolak adalah berita palsu, kata Majlis Sukan Negara (MSN).
MSN menegaskan Malaysia akan tetap ke temasya itu.
"Ini adalah berita palsu. Kontinjen Malaysia tetap akan ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020," kata MSN menerusi hantaran terbaharu laman Facebooknya malam tadi.
Sumber Facebook majlissukannegaramalaysia
Penafian itu turut dibuat oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang menyatakan tidak menerima sebarang makluman daripada Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 berhubung penyertaan kontinjen negara ke temasya tersebut.
"Kenyataan daripada @Twt_PutrajayaWP adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI," kata MOM menerusi Twitter rasminya.
Terdahulu, tular satu tangkap layar akaun Twitter @Twt_PutrajayaWP kononnya penyertaan Malaysia ke Olimpik ditolak oleh Tokyo.
Olimpik Tokyo 2020 dijadualkan bermula 23 Julai ini hingga 8 Ogos, manakala Sukan Paralimpik pula akan berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 Sept.
-- BERNAMA
#Olimpik
#Majlis Sukan Negara
#berita palsu
#MSN
#kontinjen malaysia
#Sukan Olimpik Tokyo 2020
#Majlis Olimpik Malaysia
#MOM