Keselamatan negara masih terkawal dari ancaman pengganas berikutan laporan mengenai penangkapan enam rakyat Indonesia yang didakwa merancang untuk menyerang Singapura, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri sentiasa mengambil tindakan proaktif berikutan kes-kes serangan pengganas yang berlaku di negara jiran sebelum ini.
"Kita sentiasa berjaga-jaga susulan kes yang berlaku di Bangkok dan Jakarta sebelum ini, setakat ini keselamatan negara terkawal," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu kehormat pada majlis KL Sogo's Business Partners Appreciation Banquet 2016 di sini malam tadi.
Menurut laporan Reuters, jurucakap polis Indonesia berkata enam rakyat Indonesia ditangkap di Pulau Batam pada Jumaat kerana merancang serangan terhadap Singapura.
Sementara itu, Nur Jazlan berkata satu pertemuan dengan semua duta luar negara akan diadakan Selasa ini bagi menjelaskan bahawa rakyat dan pelancong asing di negara ini berada dalam keadaan selamat.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terjumpa bungkusan atau bagasi mencurigakan ditinggalkan di tempat tumpuan awam.
"Jika ada bungkusan atau bagasi terutama di tempat membeli-belah atau pengangkutan awam, sila buat laporan segera, ia mungkin bahan berbahaya," katanya.
Beliau juga mengingatkan pihak yang sengaja meninggalkan bungkusan atau bagasi di mana-mana sahaja dengan apa jua isi boleh didakwa kerana menimbulkan kebimbangan awam.
Bernama
Sat Aug 06 2016
NUR JAZLAN: Jika ada bungkusan atau bagasi terutama di tempat membeli-belah atau pengangkutan awam, sila buat laporan segera, ia mungkin bahan berbahaya. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.
Kabinet belum bincang kenaikan harga petrol dan diesel, laporan media asing tidak betul - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata Kabinet belum berbincang mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
AWANI 7:45 [04/05/2024] – Warisi banyak hutang | Terhempas di kawasan ladang | Keadaan cuaca tidak menentu | Pergaduhan dua kumpulan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- PM dedah ada pemimpin tak puas hati kenaikan gaji penjawat awam
- Pesawat terhempas, semua terselamat
- Panas melampau di utara, banjir di selatan, cuaca terkini di Malaysia
- 28 lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan di Butterworth
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- PM dedah ada pemimpin tak puas hati kenaikan gaji penjawat awam
- Pesawat terhempas, semua terselamat
- Panas melampau di utara, banjir di selatan, cuaca terkini di Malaysia
- 28 lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan di Butterworth
Wan Azizah ingatkan ahli PKR bersatu teruskan perjuangan parti
Dr Wan Azizah berkata peringatan tersebut penting kerana perpecahan boleh merosakkan parti yang ditubuhkan dengan semangat reformasi itu.
KBS masih kenal pasti lokasi sesuai bina velodrom terbuka - Hannah
Sukan berkenaan merupakan antara yang menyerlah serta menyumbang pingat di kejohanan dalam dan luar negara.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Di peringkat permulaan, Fakulti Kecerdasan Buatan bermula di UTM dan ada juga konsortium dengan universiti yang lain juga.
Cabang eksekutif harus putuskan untuk keluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak - Speaker
Cabang eksekutif Sarawak harus memutuskan sama ada mengeluarkan perkataan 'negeri' daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak, kata Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
New York bergelap bukan kerana ancaman pengganas - Datuk Bandar
Kerajaan dan pihak berkuasa walau bagaimanapun belum dapat mengenal pasti punca insiden yang berlangsung selama hampir lima jam.
Tentera Laut Singapura lancar kapal perang LMV buatan tempatan
LMV dilengkapi lebih banyak system automasi dan pintar berbanding model-model terdahulu iaitu kapal peronda yang sudah 20 tahun digunakan.
Malaysia iktiraf kemajuan kerjasama dengan Perancis dalam industri pertahanan
Kedua-dua negara ini akan memperkukuhkan pertukaran maklumat perisikan dalam memerangi ancaman kumpulan militan Daish.
Tangkapan warga Indonesia rancang serang Singapura: Keselamatan negara terkawal
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri sentiasa mengambil tindakan proaktif berikutan kes-kes serangan pengganas yang berlaku di negara jiran sebelum ini.
Perdana Menteri India minta PBB tangani keganasan
Menurut Narendra Modi, perlu tangani cabaran utama itu dan jika gagal boleh membuatkan badan dunia berkenaan dilihat tidak relevan.
Isu ancaman pengganas bukan kenyataan politik - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia adalah hasil risikan sekali gus mendedahkan bahawa Malaysia tidak terlepas daripada ancaman pengganas.
Tindakan tegas terhadap individu buat panggilan, ancaman palsu - KPN
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian sebagai mengulas beberapa insiden ancaman bom yang berlaku di sekitar ibu kota baru-baru ini.
Sebar maklumat tak sahih: Orang kenamaan pun boleh diambil tindakan - KPN
Sesiapa sahaja termasuk orang kenamaan yang sebarkan maklumat tidak sahih tentang ancaman pengganas di negara ini akan diambil tindakan tegas.