Seorang aktivis Sabah yang dikehendaki pihak berkuasa kerana didakwa menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia, tidak berhasrat untuk kembali menghadapi tuduhan menghasut yang dikenakan ke atasnya.
Memetik laporan The Star, Doris Jones berkata tidak tahu mengenai saman yang dikeluarkan bulan lepas bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Hasutan yang membawa kepada pengeluaran waran tangkap oleh pihak polis Malaysia pada Rabu.
Waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu menamakan Doris Yapp Kim Youn sebagai suspek, namun dia memperkenalkan dirinya sebagai "Doris Jones" apabila menghubungi akhbar itu.
“Saya Doris Jones,” katanya apabila ditanya jika dia ialah Doris Yapp Kim Youn dari Labuan, suspek yang dinamakan dalam waran tangkap itu.
Beliau juga memberitahu akhbar harian itu bahawa terpulang kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menggunakan saluran yang betul bagi mengekstradisinya, namun enggan mendedahkan lokasi di mana dia berada.
"Mereka boleh cuba untuk tangkap saya di United Kingdom, Kesatuan Eropah atau mungkin lebih Australia. Mereka boleh cuba.
"Saya tidak fikir Malaysia ada perjanjian ekstradisi dengan EU," kata aktivis berusia 46 tahun itu.
Astro Awani
Mon Feb 16 2015
Aktivis Sabah Doris Jones tidak mempunyai niat untuk kembali menghadapi tuduhan menghasut.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tangkaplah saya kalau boleh - Aktivis Sabah
Aktivis Sabah, Doris Jones yang dikehendaki pihak berkuasa kerana didakwa menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia, tidak berhasrat untuk kembali menghadapi tuduhan menghasut.